Siakap Keli

Lee Zii Jia Berjaya Mara Ke Pusingan Akhir Badminton Terbuka Thailand

Perseorangan badminton utama negara, Lee Zii Jia berjaya mara ke pusingan akhir Terbuka Thailand selepas menumpaskan rakan senegara yang kini bergelar pemain profesional, Liew Daren.

Beliau mara selepas beraksi dalam 3 set dengan mencatatkan kemenangan pada set pertama 21-16. Bagaimanapun, Liew Daren berjaya bangkit pada set kedua dan berjaya memenangi set tersebut dengan mata 21-13, sekaligus mengheret permainan ke set penentuan.

Di set terakhir, Zii Jia tampil dengan permainan lebih kemas dan mengurangkan kesilapan-kesilapan mudah sekaligus berjaya menamatkan saingan dengan kedudukan 21-14.

Dalam satu lagi pusingan separuh akhir akan mempertemukan diantara jaguh Jepun, Kodai Naraoka menentang wakil China, Li Shi Feng.

Selain Lee Zii Jia dan Liew Daren, Malaysia turut mempunyai dua lagi wakil yang akan turun beraksi dalam pusingan separuh akhir hari ini.

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-Thinaah Muralitharan bakal turun berentap menentang wakil Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida di Gelanggang 1.

Selepas aksi beregu wanita, satu lagi aksi wakil negara membabitkan beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang akan membuat perhintungan menentang wakil Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di gelanggang yang sama.

Sumber: BWF

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.