Satu asteroid gergasi dilaporkan akan menghampiri bumi pada penghujung bulan ini dan ia dipercayai akan dapat dilihat di langit.
Memetik laporan UPI, Asteroid 7335 (1989 JA) itu lebih besar dari asteroid yang pernah melintasi bumi sebelum ini dengan ukuran 5,900 kaki.
Sebagai perbandingan, asteroid itu adalah empat kali ganda lebih besar dari Empire State Building di Amerika Syarikat dan dua kali ganda lebih besar daripada Burj Khalifa di Emiriah Arab Bersatu.
Menurut laporan, asteroid itu dijangka akan berada paling dekat dengan bumi pada 27 May nanti.
Bagaimanapun, ia tidak akan memberi sebarang ancaman atau impak kepada hidupan di bumi.
Asteroid dianggap berpotensi berbahaya bila ia mempunyai ukuran sekurang-kurangnya 460 kaki lebar dan berada dalam jarak 4.6 juta batu dari orbit bumi mengelilingi matahari.
Ia mungkin kedengaran agak dekat pada skala kosmik tetapi jarak ini 19 kali lebih jauh daripada jarak bulan dari bumi.
Menjelang penghujung bulan ini, Asteroid 7335 akan datang dalam jarak 2.5 batu dari bumi, yang hanya 10 kali lebih jauh daripada bulan.
Sementara itu, saintis mengambil peluang ini untuk melakukan pemerhatian yang lebih baik terhadap asteroid tersebut.
Para pemerhati bintang boleh melihatnya di langit selatan berhampiran buruj Hydra.
Pun begitu, teleskop diperlukan untuk melihat ‘batu besar’ tersebut kerana ia tidak cukup terang untuk dilihat dengan mata kasar.
Untuk pengetahuan, bumi telah dilanda batuan angkasa baru-baru ini tetapi tidak sebesar Asteroid 7335.
Sebelum ini, meteor Chelyabinsk yang meletup di Rusia pada 15 Februari 2013 kerana ia terbakar di atmosfera bumi.
Letupan itu mempunyai kekuatan 20 hingga 30 kali lebih besar daripada bom atom Hiroshima.
Sementara itu, sebuah lagi asteroid yang berukuran sehingga 200 kaki melintasi Siberia pada 30 Jun 19.08, dengan kekuatan yang lebih dahsyat,
Letupan itu meratakan kira-kira 1,300 batu persegi hutan di kawasan terpencil di Rusia.
Sumber: UPI