Siakap Keli
gempa bumi
Gambar via Japan Times

Gempa Bumi Bermagnitud 5.8 Gegar Jepun

Gempa bumi bermagnitud 5.8, yang diukur lima kali lebih rendah dari skala shind0 (intensiti) telah dikesan pada kedalaman 30 kilometer di perairan Prefektur Ibaraki pada 12.24 tengah hari, Ahad, 22 Mei 2022.

Namun menurut laporan NHK menerusi Japan Times, tiada sebarang ancaman tsunami dikesan melalui gempa bumi itu.

Difahamkan, gempa bumi bermagnitud 5.8 tersebut juga dirasai di Prefektur Iwaki Fukishima dengan skala lebih rendah iaitu 5 magnitud, kira-kira 40 km dari loji janakuasa nuklear no. 1 Fukushima yang rosak. Selain itu, gempa itu juga turut dirasai di bandar Fukushima dengan skala 4 magnitiud.

Menurut Japan Times, Tokyo Electric Power Co. Holdings Inc, yang mengendali loji kuasa nuklear no. 1 dan 2 sedang memeriksa sebarang perubahan yang berlaku disebabkan oleh gempa tersebut, lapor NHK.

BACA JUGA: Gempa 6.1 Magnitud Gegar Bungahan Filipina: USGS

Sumber: Japan Times

Faiz Mustafa