Siakap Keli
Kredit: MediaPost

Iceland Perkenal Perkhidmatan Emel Yang Ditulis oleh Kuda

Sebuah kempen baharu telah diperkenalkan di Iceland di mana emel tradisional luar pejabat akan digantikan dengan respon yang ditulis oleh kuda.

Perkara tersebut merupakan sebuah inisiatif dari agensi pelancongan InspiredbyIceland dan Horses of Iceland. Perkhidmatan tersebut dikenali sebagai OutHorse, yang mana membolehkan orang ramai untuk meminta mesej khas yang akan dikarang oleh Kuda Iceland setiap kali mereka bercuti.

Perkhidmatan itu mewakilkan tugasan menulis emel kepada salah satu daripada tiga kuda. Contohnya, salah satu kuda yang dikenali Stjarna frá Hvítarholti digambarkan sebagai seekor kuda yang menaip dengan cepat tetapi mungkin akan tidur sebentar.

Selain itu, kuda yang kedua iaitu Hrímnir frá Hvammi adalah kuda yang tegas da cekap serta memiliki rambut berkilat.

Hekla frá Þorkellshóli pula ialah pilihan yang baik untuk mereka yang bekerja dalam persekitaran korporat, kerana kuda itu mesra dan “terlatih dalam kata kunci korporat”

Kempen tersebut dilakukan selepas sebuah tinjauan dijalankan dan mendapati sekurang-kurangnya 55 peratus pekerja menyemak emel mereka semasa bercuti.

Agensi tersebut berkata kempen tersebut bertujuan untuk menyerlahkan kepentingan memutuskan hubungan antara waktu kerja dan cuti.

Perkhidmatan Outhorse menerima pujian ‘genius’ di platform media sosial. Serta seorang pengguna Twitter bertanya sama ada kempen itu akan mempertimbangkan ‘Integrasi Slack’.Selain itu, terdapat pujian yang mengagumi kebolehan kuda Iceland.

Di United Kingdom, kesatuan sekerja menyeru kerajaan untuk memperkenalkan hal memutuskan hubungan untuk pekerja di luar waktu pejabat.

Sumber: Independent.co.uk

Nurfatihah Shahirah Azzuddin