Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Pelari Marathon Meninggal Dunia Sebelum Tiba Di Garisan Penamat Akibat Gelombang Haba

Seorang pelari marathon meninggal dunia sebelum tiba di garisan penamat baru-baru ini, lapor Daily Mail UK.

Lelaki berusia 30 tahun itu dikatakan meninggal dunia berhampiran garisan penamat dalam RBC Brooklyn Half Marathon pada sabtu lalu.

Semasa hari kejadian, wilayah timur New York dilaporkan mencatatkan suhu paling tinggi pernah direkodkan pada bulan Mei.

Menurut laporan New York Times, pelari yang masih belum dikenal pasti itu telah pengsan pada jam 9 pagi berdekatan garisan penamat di Coney Island.

Pada ketika itu, suhu di New York dilaporkan sedang meningkat dari 15 darjah celsius ke 26 darjah celsius dan dijangka mencecah 36 darjah celsius.

Gambar: Daily Mail UK

Mangsa beserta lima pelari lain yang menyertai larian itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Coney, dan disahkan telah meninggal dunia sejurus selepas itu.

Tiga pelari lain dilaporkan berada dalam keadaan serius, manakala dua lagi dilaporkan mengalami cedera ringan, lapor Jabatan Bomba New York.

Datuk Bandar New York, Eric Adams telah mengeluarkan amaran cuaca panas kepada para peserta dan mengumumkan bahawa pantai masih lagi ditutup. Namun, penduduk tidak mengendahkan amaran yang diberikan oleh datuk bandar itu.

Difahamkan, cuaca panas di New York itu yang pertama direkodkan dalam tempoh 16 tahun.

Menurut laporan Accuweather, cuaca panas itu dijangka tidak bertahan lama dan diramal kembali normal pada Isnin. Tambahan pula, gelombang haba bergerak melalui pantai timur, membawa cuaca panas pada bulan Mei.

Gambar: Daily Mail UK

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS)  telah mengeluarkan amaran gelombang haba kepada lebih 35 juta orang di beberapa negeri itu.

Salah satu kawasan tersebut ialah Richmond, Virginia, di mana suhu meningkat kepada 34 darjah celsius yang memecahkan rekod ketika bandar itu malah suhu 36 darjah celsius turut direkodkan di Trenton.

Kes kematian pelari di Brooklyn Half Marathon itu adalah kali pertama dicatatkan sejak tahun 2014 di mana terdapat seorang peserta  telah meninggal dunia dalam perlumbaan marathon di bandar itu sebelum ini.

Sumber: Daily Mail UK

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?