Siakap Keli
Gambar: Siakap Keli via Google

Waspada, Ribut & Hujan Lebat Dijangka Badai Beberapa Negeri Di Malaysia 

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan kenyataan berhubung amaran ribut petir di beberapa kawasan di utara semenanjung dan Sabah pada jam 1.45 petang, 22 Mei 2022.

Beberapa kawasan seperti negeri Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling) dan Perak (Hulu Perak) dijangka mengalami Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

Sementara itu, beberapa kawasan di pedalaman Sabah (Tambunan), Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas) turut diberikan amaran sehingga jam 5 petang ini.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

Gambar: Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.