Siakap Keli
trofi liga
Gambar: Tech Tip Hub via Google

Harapan Liverpool Untuk Menjulang Trofi Liga EPL Terkubur

Harapan Liverpool untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) terkubur selepas ia dirampas kembali oleh Manchester City, lapor BBC News.

Liverpool yang menang ke atas Wolverhampton Wanderers (Wolves) terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan awal pelawat oleh Pedro Neto pada minit ke-3.

Namun, gol itu berjaya ‘dipintas’ oleh penyerang lawan dari Senegal, Sadio Mane yang menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-21.

Gol kedua The Reds itu hadir 6 minit sebelum tamat perlawanan menerusi Mohamed Salah dari jarak dekat, sebelum Andy Robertson menambah derita pelawat dengan gol ketiga tuan rumah pada minit ke-89

The Reds yang menang ke atas Wolverhampton Wanderers 3-1 semalam memberikan harapan kepada anak-anak buah Jurgen Klopp untuk merampas kembali kejuaraan liga.

Gambar: BBC Sport

Dalam masa yang sama, Liverpool yang mampu berharap Manchester City gagal meraih kemenangan kian cerah apabila skuad Pep Guardiola itu ketinggalan 0-2 kepada Aston Villa dilaman sendiri.

Seperti drama bolasepak, City yang bangkit dengan penuh dramatik selepas ketinggalan 2 gol dibelakang Wolves hanya memerlukan 5 minit untuk berada di hadapan selepas meledak 3 gol.

Ketiga-tiga gol itu berjaya dijaringkan oleh Ilkay Gundogan pada minit ke-76 dan 81 serta Rodri pada minit ke-78 di Stadium Etihad, sekaligus merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang keenam mereka.

Kebangkitan City itu sekaligus meranapkan impian The Reds untuk menjadi juara liga sekali lagi.

Sumber: BBC Sport

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?