Siakap Keli
Laluan MRT 2 Putrajaya
Gambar: Bernama via Google

Laluan MRT 2 Putrajaya Fasa Pertama Mula Operasi 16 Jun Ini

Laluan MRT 2 Putrajaya Fasa Pertama dilapor akan mula beroperasi pada 16 Jun ini bermula pukul 3 petang, maklum MRT dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dalam kenyataan tersebut yang turut dilapor FMT, permulaan operasi MRT dalam Fasa Pertama itu melibatkan sebanyak 12 stesen iaitu bermula dari Kwasa Damansara hingga ke Kampung Batu.

Menurut MRT, 12 stesen terlibat adalah Kwasa Damansara, Kampung Selamat, Sungai Buloh, Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri Damansara Sentral, Sri Damansara Timur, Metro Prima, Kepong Baru, Jinjang, Sri Delima dan Kampung Batu.

Manakala bagi Fasa Kedua pula yang melibatkan laluan dari Kampung Batu ke Putrajaya, kesemua stesen selanjutnya dilapor akan mula beroperasi pada Januari 2023, memetik laporan FMT.

Sementara itu, merujuk lawan web rasmi MRT Corporation, Laluan Putrajaya (sebelum ini dikenali sebagai Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya) merupakan laluan kedua yang dibangunkan bagi Projek KVMRT.

Laluan itu akan memberikan kemudahan perkhidmatan kepada lebih kurang 2 juta penduduk bermula dari Kwasa Damansara menuju kawasan pinggiran bandar selatan ke Putrajaya dengan jarak perjalanan sepanjang 56.2 kilometer.

Gambar: MRT Corp website

Difahamkan, laluan sepanjang 56.2 kilometer itu terdiri daripada landasan bertingkat sepanjang 42.7 kilometer dan landasan yang melalui terowong bawah tanah sepanjang 13.5 kilometer.

Tambahan pula, sebanyak 36 stesen yang bakal beroperasi melibatkan 27 stesen bertingkat dan sembilan stesen bawah tanah, manakala empat stesen lagi dirancang untuk masa depan.

“Laluan ini mempunyai 10 stesen pertukaran dan sambungan untuk memudahkan penumpang yang perlu bertukar dari Laluan Putrajaya ke laluan rel yang sedia ada dan akan datang.

“(Ia) termasuklah Keretapi Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura. (Sebanyak) 16 stesen (juga) akan mempunyai kemudahan letak kereta,” memetik kenyataan tersebut.

Merujuk MRT Corporation lagi, Fasa Pertama dari Stesen  Kwasa Damansara ke Stesen Kampung Batu akan mula beroperasi pada setengah tahun pertama 2022, iaitu seperti yang dilapor FMT di atas.

Manakala laluan dari Stesen Kampung Batu ke Stesen Putrajaya Sentral pula akan mula beroperasi di bawah Fasa Kedua pada Januari 2023 depan.

“Apabila Laluan Putrajaya beroperasi sepenuhnya, ia dijangka akan mencatat permulaan penumpang harian yang melebihi 104,000 penumpang semasa pembukaan laluan.

“Ini akan terus membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kini menghantui Kuala Lumpur,” tambah kenyataan itu.

Sumber: MRTMalaysia Laman Rasmi MRT Corporation

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: