Siakap Keli
mayat pendaki ditemui dalam gua
Gambar: Daily Mail

Mayat Pendaki Ditemui Selepas Sembilan Bulan ‘Terkubur’ Dalam Gua Paling Dalam Di Dunia

Mayat pendaki yang ditemui selepas sembilan bulan berada dalam gua paling dalam di dunia telah menarik perhatian dunia, lapor Daily Mail UK.

Sergie Kozeev, 37, dikatakan hilang pada November 2020 sebelum ditemui sekumpulan pendaki yang melakukan ekspedisi pendakian di gua Veryovkina di Abkhazia pada 3 Ogos 2021.

Memetik laporan Daily Mail UK, mereka menjumpai mayat Kozeev yang tergantung pada tali sepanjang 1,100 meter pada kedalaman 1.3 batu gua itu.

Seorang ahli Union of Cavers, Evgency Snetkov percaya bahawa Kozeev dipercayai tidak bersedia dalam menghadapi cabaran gua terdalam tersebut.

Dalam masa sama, dia turut menjelaskan bahawa tindakan mendaki secara berseorangan seperti yang dilakukan Kozeev melanggar peraturan keselamatan.

“Mangsa merupakan seorang yang sering terlibat dalam pelbagai sukan.

“Dikatakan, dia telah memilih gua itu, malangnya dia memilih gua yang sukar sehingga mengorbankan dirinya,” kata Snetkov seperti yang dilapor Daily Mail UK.

Difahamkan, Snotkev berpendapat bahawa Kozeev dipercayai meninggal dunia selepas terjatuh semasa mendaki.

Manakala pendapat lain pula mengatakan Kozeev mengalami hiportemia kerana suhu yang sejuk antara 3 dan 4 darjah Celsius dalam gua itu.

Misi menyelamat berdepan detik sukar

Menurut Daily Mail UK, operasi menyelamat dijalankan selepas mendapat persetujuan oleh isterinya dan memerlukan kekuatan seramai 100 pendaki.

Hal ini kerana faktor geografi gua itu sendiri yang turut menyukarkan misi menyelamatkan mayat mangsa.

Bagaimanapun, sesetengah media tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana mayat mangsa dibawa keluar.

Selain itu, menurut video yang dimuat naik oleh Robertsnakes, beliau mendakwa bahawa Kozeev dikatakan memasuki gua itu secara ‘tidak sah’.

Hal itu membuatkan orang tidak mencarinya sehinggalah mayatnya berjaya dijumpai kira-kira sembilan bulan kemudian.

Robertsnakes berkata dalam videonya, misi menyelamat mayat mangsa menghadapi kesukaran dan mereka menyedari hanya satu cara untuk membawa naik semula mayat Kozeev iaitu dengan memotongnya kepada 10 bahagian.

Dikatakan, setiap bahagian badan mangsa dibalut dan dibawa keluar dengan lebih mudah. Kematian Kozeev meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak.

Gua Veryovkina itu terletak di Gagra ridge, Abkhazia. Dengan kedalaman melebihi 7,000 kaki, gua itu dipercayai merupakan gua terdalam di dunia yang pernah wujud setakat ini.

@robertsnakes

#scary #scarystories #robertsnakes #horror #scare #creepyfacts #spooky #fear #creepy #scarystory #terror #scarytiktoks #ghost #crime #paranormal #truestory #crimetok #alien #mystery

♬ Creepy, scary, horror, synth, tension – Sound Production Gin

Sumber: Daily Mail UK, TikTok Robertsnakes

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?