Siakap Keli
Overnight Policy Rate (OPR)
Gambar: Bernama/TechEconomy

Ketahui Apa Itu ‘Overnight Policy Rate’ (OPR) & Kesannya Pada Anda

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bank Negara Malaysia (BNM) sebentar tadi mengumumkan bahawa pihaknya bersetuju untuk meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus.

Keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat bersama Jawatankuasa Dasar Moneteri (MPC) hari ini, 6 Julai 2022.  Dalam pada itu, BNM juga telah meningkatkan kadar tertinggi dan juga terendah koridor bagi OPR masing-masing kepada 2.50 peratus dan juga 2.00 peratus.  

Menurut kenyataan BNM, dengan pembukaan semula ekonomi secara global dan keadaan pasar pekerja yang semakin bertambah baik telah mendukung pemulihan kegiatan ekonomi. 

Bagi yang belum tahu, pada tahun 2020, BNM telah mencatatkan empat kali perubahan dan potongan OPR. Paling terendah dalam sejarah adalah pada 7 Julai 2020 iaitu potongan kadar OPR sebanyak 25 bps kepada 1.75%.

Jom ketahui apa itu OPR dan kesannya kepada kita sebagai peminjam. Ikuti perkongsian pegawai bank, Bella Leana di bawah ini.

OPR – Overnight Policy Rate

Apa benda OPR ni?

Basically OPR ni ialah Rate yang BNM dah set atau tetapkan yang akan digunakan dalam transaksi yang melibatkan Depository Institutions (Mostly banks lah kan). Kenapa transaksi?

Sebab ada bank yang akan facing Shortage/Surplus. So untuk biarkan banks ni remain stable, yang shortage tadi akan pinjam daripada yang surplus dan dikenakan rate overnight, rate ni lah OPR

So, OPR kita increase by 25 bps menjadi 2.00 peratus (kini meningkat kepada 2.25 peratus), sebelum ni for almost 2 years maintain at 1.75% (the lowest so far)

Apa effect kepada BLR/BFR?

BLR – Based Lending Rate
BFR – Based Financing Rate

BLR/BFR ni ialah kos pinjaman/pembiayaan dari Financial Institution (FI) dan mostly akan berubah mengikut OPR.

Kenapa?

Basically, benda ni semua inter-related dengan keadaan ekonomi kita sekarang. Bila dah agak terlalu “rancak” berbelanja, kena ambil pendekatan untuk “slow down” sikit lah dan sebenarnya kenaikan OPR ni pun untuk mengawal kadar inflasi yang dijangka naik.

Okay jom kita bercakap tentang pinjaman/pembiayaan kita pulak

Bila kos pinjaman/pembiayaan naik, spending power akan kurang. So akan effect kat money supply which akan turun.

So price/market akan lebih stable. (Monetary Policy) ini semua teori ekonomi okay tapi itulah, ni semua ialah hukum ekonomi. Tentang demand dan supply secara menyeluruh but still at the end of the day, still depends on our tebal nipis poket juga kan?

Apa kesan pada pinjaman/pembiayaan kita?

Bila BLR/BFR naik, secara tak langsung interest/financing rate pun akan naik jugak dan installment pun akan naik lah. Simple!

**BLR/BFR ni untuk loan/financing yang appoved prior to 2/1/2015

Sekarang kita dah guna BR/IBR, apa pulak effect dia?

BR – Based Rate
IBR – Islamic Based Rate

Basically BR ni tak bergantung kepada OPR secara langsung, BR ni depends kepada setiap bank punya benchmark untuk cost of fund dan liquidity serta Statutory Reserve Requirements (SRR).

OPR naik atau tak, bank berhak untuk review their BR, boleh maintain, naik atau turun walaupun OPR tak berubah.

Bila OPR naik BLR biasanya akan naik walaupun BR tak bergantung kepada OPR secara langsung, kemungkinan untuk BR naik juga adalah sangat tinggi.

Itu bermakna kemungkinan besar BR juga akan affected dan as we expected BR dah pun naik dengan jayanya kan?

Kenapa?

Sebab back to monetary policy tadi, pasal demand dan supply yang berlaku dalam market kita sekarang untuk stabilkan market kita sekarang, kita di galakkan untuk “saving” rather than “spending”.

So banks are basically akan offer attractive rates untuk Deposits instead of borrowing/spending.

So, hari ni selepas almost 2 weeks OPR naik, Banks kat Malaysia ni pun naikkan juga BR mereka.

Dan gais, bukan BLR je tau yang akan effected, FD rates, Foreign Exchange rates, short-term/long-term rate, employment, harga barang, etc etc etc yang menyumbang kepada faktor mikro/makro dalam ekonomi pun akan turut sama effected okay!
Jeng Jeng Jeng.

Ok gais, Bella bukan lah pakar it pakar ekonomi jaguh sukan dan juga jutawan, ehh!!

Bella process financing tau lah, haha. Ini based on my personal view tentang OPR vs BLR vs BR sahaja.

Okay, back to reality.
Nanti bayaran bulanan pinjaman/pembiayaan korang pun akan naik, usually dan mostly dan mungkin juga ada yang turun.

Bila akan naik tu?

Bergantung pada bank juga, ada yang naik OTS the following month, ada juga yang naik next review date.

Maksud review date ni – ada bank yang review quarterly basis, so depends ok. Biasanya bank akan hantar surat notifikasi tapi sudah tentu akan lambat sikit lah.

Korang boleh cek sendiri kemudian thru online banking okay.

Ada installment yang akan turun ke?

Yes, possible. Sebab apa? Sebab dia dah bayar lebih dari yang sepatutnya, maybe dia bayar big lumpsum amount, so baki dah tinggal half dari yang sepatutnya.

Dan bank ada pengiraan dia sendiri untuk tentukan installment ni, setiap bank berbeza-beza bergantung kepada pakej yang customer ambil juga.

Untuk yang new application, pengiraan terus mengikut rate yang terkini untuk yang existing, bank akan revise installment tu berdasarkan baki hutang terkini dan baki tempoh pinjaman/pembiayaan.

Dan ada juga bank yang decided tak akan ubah instalment jika perbezaannya terlalu sedikit, mungkin kurang dari RM10.

Macam mana nak kira tu?

Kawan-kawan, kita takyah pening kepala okay, kita tunggu je update dari bank kita nanti kang kalau kita kira, salah buat panik je. So chill ok.

Kalau nak bayar lebih?

Sudah tentu boleh tapi korang kena tahu pakej korang, ada bank yang benarkan bayar lebih tapi takde apa effect dekat principal dan interest/profit, ada bank yang kena inform manually setiap kali nak buat bayaran lebih untuk tolak principal.

Ada bank yang letak syarat kena ada sekurang-kurangnya 6 bulan jumlah lebihan bayaran bulanan baru boleh tolak principal dan ada bank yang even bayar RM1 lebih pun dah count as principal, best kan?

Okay, jelas dah issue ni?

Kalau rasa berguna, korang boleh Like, Comment dan Share secara berjemaah.
Terima kasih sebab gigih baca sampai habis

Sumber: Bella Leana

Sofea

There's always another side to every story