Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Operasi Kaunter Permohonan Pasport Di UTC Dilanjutkan Hingga 10 Malam Bermula Rabu Ini

PUTRAJAYA, 23 Mei (Bernama) — Semua pejabat imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung Malaysia akan beroperasi sehingga pukul 10 malam bermula Rabu ini (25 Mei) bagi memudahkan urusan orang ramai mendapatkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, bagaimanapun, pejabat UTC di Perlis, Terengganu dan Pahang hanya beroperasi sehingga pukul 6 petang kerana jumlah permintaan PMA masih rendah.

“Pemanjangan waktu operasi UTC ini adalah tambahan kepada waktu operasi pejabat-pejabat pengeluar PMA yang dibuka sehingga pukul 10 malam dan hari Sabtu, sepertimana yang telah diumumkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai juga diminta merujuk kepada maklumat terkini dalam portal rasmi dan media sosial rasmi Jabatan Imigresen bagi mengelak berlakunya kesesakan di kaunter PMA khususnya di waktu pagi.

Sumber: BERNAMA

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.