Siakap Keli
Gambar Via Utusan

Tular Buat Pusingan U Haram Di SDE, Pemandu Tiada Lesen Memandu

KOTA TINGGI, 23 Mei (Bernama) — Pemandu van yang tular di laman sosial berikutan membuat pusingan U secara tiba-tiba sehingga menyebabkan kemalangan di Kilometer 59.7, Lebuh Raya Senai-Desaru (SDE) di sini, didapati memandu tanpa lesen yang sah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata kejadian kira-kira pukul 2.55 petang semalam itu, dipercayai berlaku setelah van jenis Ford Econovan yang dipandu lelaki warga Myanmar berusia 33 tahun, membuat pusingan U di kawasan tidak dibenarkan.

Katanya, tindakan itu telah menyebabkan kereta jenis Honda HRV yang dinaiki wanita berusia 29 tahun bersama anak perempuannya dari arah Senai ke Desaru tidak sempat mengelak, lalu melanggar sebelah kiri van terbabit.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, kanak-kanak berusia dua tahun lebam di sebelah kiri mata dan calar di bahagian muka, manakala ibunya mengalami bengkak di mulut dan lebam di tangan kiri dan kanannya.

“Bagaimanapun, lelaki tersebut yang menuju ke Kilometer 60 lebuh raya berkenaan bagi menyambung kerja pemotongan rumput, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hussin berkata kereta terbabit mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan kanan kenderaannya, manakala van tersebut mengalami kerosakan pada bahagian kirinya.

“Pemandu van telah diambil keterangan dan dikenakan dua saman, masing-masing RM300 yang mana, satu di bawah Peraturan 13 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN 166/59) (kerana membuat pusingan U di kawasan tidak dibenarkan) dan kedua, tiada lesen memandu,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Peraturan 13 LN 166 / 59.

Terdahulu, tular rakaman video kamera papan pemuka berdurasi kira-kira satu minit di laman sosial memaparkan sebuah van membuat pusingan haram, sekali gus mengakibatkan kemalangan serta turut disusuli bunyi tangisan kanak-kanak.

 

@utusantvofficial Kejadian di Lebuhraya Senai-Desaru | 22 MEI 2022 | 2.53 petang | Aziz Rahman. #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok #fyp ♬ original sound – UtusanTV

Sumber: BERNAMA

Sofea Shahira

There's always another side to every story

@thesiakapkeli

Orang selangor mana? Mana yg betul2 sedap ni🤔 #GreatestMakanHits #foodreview #selangor @tourismselangor

♬ original sound - Siakap Keli
" "