Siakap Keli
suami sedang terlantar sakit
Gambar Via Wolipop

Wanita Tergamak Bawa Pulang Kekasih, Minta Izin Nak Kahwin Lain Ketika Suami Sedang Tenat

Baru-baru ini tular satu video di Indonesia yang didakwa memaparkan seorang isteri meminta izin suami sedang terlantar sakit untuk berkahwin dengan kekasih gelapnya.

Memetik laporan portal Wolipop, video itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dan disahkan berlaku di Palembang, Sumatera Selatan.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang terbaring di atas katil dengan diselimuti kain sarung.

Menurut pengguna TikTok itu, isteri kepada lelaki tersebut pulang bertemu suaminya setelah dipujuk oleh anak mereka.

Tetapi mereka tidak menyangka bahawa wanita itu akan pulang bersama kekasih hatinya.

“Kisah benar bapanya sakit tenat dan anak lelaki itu meminta ibunya pulang kerana ibunya sudah lagi tidak tinggal bersama mereka.

“Tetapi si ibu pulang untuk meminta kebenaran berkahwin lain,” kata pengguna TikTok itu menerusi kapsyen.

Ketika wanita tersebut tiba di rumah itu, si suami yang sedang terbaring dilihat menghulurkan tangan kanannya untuk bersalaman namun ia ditepis oleh isterinya.

Difahamkan, lelaki itu telah reda dan memberi kebenaran kepada isterinya untuk berkahwin lain.

Sementara itu, anak mereka pula meminta bapanya agar tidak terlalu memikirkan masalah dengan ibunya dan berharap agar bapanya terus kuat dan sihat semula.

“Bapanya sampaikan pesanan terakhir kepada isterinya bahawa dia sudah reda, ikhlaskan hati jika isterinya tinggalkan dia.

“Jangan fikir mengenai ibunya yang mencari suami baharu, yang penting bapanya sihat,” tulis pengguna TikTok itu.

Dalam pada itu, pengguna TikTok itu juga berkata bahawa si isteri dan teman lelakinya hanya berdiri acuh tak acuh sambil melihat keadaan lelaki itu yang sedang terbaring lesu.

“Selepas si isteri menyampaikan pesanan terakhir kepada si suami, dia dibenarkan pulang,” katanya lagi.

Melihat keadaan itu, anak mereka tidak dapat menahan kesedihan dan menangis melihat keretakan hubungan ibu bapanya.

Sumber: Wolipop

Sofea

There's always another side to every story