Siakap Keli
Manchester United are rubbish
Kredit: Givemesport.com

BBC Mohon Maaf, Tersilap Siarkan Tajuk Berita “Manchester United Are Rubbish” Ketika Tengah ‘Live’

Tindakan BBC News yang mengeluarkan tajuk berita “Manchester United are rubbish” telah menjadi tular dan seterusnya mengundang pelbagai komen negatif daripada peminat kelab tersebut.

Menerusi laman Givemesport, ekoran kecaman yang diterima, pihak BBC News telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Perkara itu telah disedari oleh seorang pengguna Twitter, James Nelton, yang membuat satu hantaran komen mengenai tindakan BBC News yang telah mengkritik salah satu kelab bola sepak gergasi di England iaitu Manchester United dengan menggunakan perkataan ‘rubbish’ ataupun ‘sampah’ pada Selasa pagi tadi.

Menurut laman Givemesport, pembaca berita itu berkata “sebelum ini, sesetengah daripada anda mungkin perasan tentang berita yang membuat komen mengenai Manchester United dan saya berharap peminat Manchester United tidak tersinggung dengannya.”

“Biar saya jelaskan apa yang berlaku di sebalik tabir. Seseorang sedang berlatih untuk mempelajari cara menggunakan ticker dan cara meletakkan teks pada ticker. Mereka tidak bermaksud untuk menyampaikan perkara itu dan hanya menulisnya secara rawak. Oleh yang demikian, komen seperti itu terjadi lalu dipaparkan di dalam berita tersebut”.

“Justeru, pihak kami memohon maaf sekiranya anda tersinggung dan ada sendiri adalah peminat Manchester United. Ia merupakan satu kesilapan dan kami tidak jangka ia akan muncul di skrin. Jadi itulah yang berlaku dan kami fikir lebih baik dia menjelaskannya kepada anda”, katanya.

Baca: Duka Isteri Menghadap Ilahi, Pakcik Ni Kerap Masuk Kebun Untuk ‘Luah Perasaan’

Sumber: Givemesport

Nurfatihah Shahirah Azzuddin