Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan sehingga jam 7.00 malam hari ini.
Antara negeri yang terlibat adalah Perak di Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala di Terengganu pula melibatkan kawasan di Hulu Terengganu.
Selain itu, negeri lain yang terlibat adalah negeri Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong.
”Bagi negeri Selangor pula kawasan yang terlibat dengan ribut petir dan hujan lebat adalah di Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” menurut MetMalaysia.
Seterusnya, kawasan bagi Negeri Sembilan pula merangkumi kawasan Jelebu, Seremban dan Rembau. Negeri Johor pula melibatkan kawasan Segamat, Kluang, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Manakala Sabah, ia melibatkan daerah pedalaman (Sipitang, Tenom dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan SandakaN (Tongod, Telupid dan Kinabatangan).
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia