Siakap Keli
wanita terjun jambatan pulau pinang
Kredit: Kosmo!

Belum Sampai 12 Jam, Seorang Lagi Wanita Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang Awal Pagi Tadi

Belum sampai 12 jam kes wanita terjun dari Jambatan Pulau Pinang pada petang semalam, berlaku pula satu lagi kes dipercayai serupa yang terjadi kira-kira awal pagi tadi.

Memetik Kosmo!, seorang wanita berusia 22 tahun dilapor terjun ke dalam laut dari jambatan berkenaan di Kilometer 8.0 arah pulau menghala ke Perai sehingga dikhuatiri lemas.

Difahamkan, wanita yang menaiki kenderaan jenis Perodua Axia berwarna jingga itu meninggalkan kereta tersebut bersama-sama barangan peribadi di tepi tembok jambatan.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, satu laporan melalui panggilan diterima tepat pukul 3:39 pagi tadi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, wanita itu didapati bertindak nekad dengan terjun ke dalam laut dari jambatan berkenaan sebaik sahaja anggota penyelamat tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Mangsa telah meninggalkan sebuah kereta jenis Perodua Axia bersama barangan peribadi di dalam kenderaan tersebut.

“Tindakan anggota bomba membuat pemantaun dari atas jambatan untuk mengesan kedudukan mangsa namun dikhuartiri telah dihanyutkan oleh arus,” katanya, memetik Kosmo!.

Bagaimanapun, operasi menyelamat tersebut ditangguhkan sementara dan disambung semula pada jam 8 pagi tadi. Laporan lanjut akan menyusul.

Imbas kembali, pada semalam, seorang wanita muda berusia 27 tahun ditemui selamat oleh nelayan pantai selepas dilapor terjun dari jambatan tersebut.

Seperti yang dilaporkan Kosmo! semalam, tragedi itu berlaku di Kilometer 7.4 Jambatan Pulau Pinang dari arah pulau.

Terdahulu, tindakan pantas seorang anggota bomba menyelamatkan wanita cuba terjun dari jambatan Pulau Pinang yang rakaman videonya tular di media sosial tempoh hari telah mendapat penghargaan khas sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia Ahad lalu, 22 Mei 2022 .

Anggota tersebut, Muhammad Syahir Jamaludin, 31, berkata beliau bersyukur dengan penghargaan yang diberi, selain turut teruja kerana dapat menaikkan nama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Katanya semasa kejadian, beliau  dalam perjalanan balik ke rumah dari Seberang Perai ke bahagian pulau pada pukul 3 petang.

BACA JUGA: Anggota Bomba Selamatkan Wanita Cuba Terjun Jambatan Diberi Penghargaan Khas

Sumber: Kosmo!

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.