Siakap Keli
Bebola Pembersih Permaidani
Gambar Via Daily Star

Dakwa Untuk Rawat Buasir, Doktor Terpaksa Guna Gerudi Keluarkan Bebola Tersekat Dalam Dubur Lelaki 

London – Seorang lelaki warga emas dilaporkan mengalami detik cemas selepas sebuah bebola pembersih permaidani tersangkut di dalam duburnya.

Bebola tersebut dikatakan sangat sukar untuk dikeluarkan sehingga para doktor terpaksa menggunakan gerudi elektrik bagi mengeluarkan objek tersebut.

Memetik laporan Daily Star, lelaki berusia 51 tahun itu digegaskan ke hospital selepas cubaannya untuk mengeluarkan bebola tersebut gagal.

Difahamkan, dia cuba untuk mengeluarkan bebola bersaiz 7cm hingga 8cm itu dengan menggunakan pemutar skru dan sudu, tetapi malangnya tidak berjaya.

Setelah tiba di hospital, lelaki tersebut dan isterinya memberitahu doktor bahawa dia telah memasukkan bebola itu untuk merawat buasirnya.

Bagaimanapun, doktor tidak menemui bukti atau tanda-tanda yang menunjukkan bahawa dia menghidap buasir.

Memandangkan bebola itu lebih lebar daripada saluran pelvisnya, mengekstraknya adalah misi yang sukar bagi doktor.

Setelah mengesan bebola tersebut menggunakan X-ray dan imbasan CT perut, percubaan pertama untuk mengeluarkan bebola itu pada pagi berikutnya gagal.

 bebola pembersih permaidani
Gambar Via Daily Star

Dalam percubaan kedua mereka, doktor memilih untuk melakukan laparotomi, di mana lapisan dinding perut dibuka selapis demi selapis sebelum ia ditolak ke bawah melalui rektum. Namun begitu, kaedah tersebut juga dilaporkan tidak berjaya.

Berikutan dari itu, doktor tidak mempunyai pilihan selain memotong bebola tersebut terlebih dahulu sebelum dapat mengeluarkannya.

Mereka melakukannya dengan menggunakan gerudi elektrik untuk menusuk bola tersebut sebelum memotongnya kepada tiga bahagian.

Doktor telah mengambil masa selama tujuh jam untuk menyelesaikan pembedahan itu.

Lelaki berkenaan dilaporkan telah menjalani rawatan susulan selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Sementara itu, pihak hospital dilaporkan terpaksa menanggung kos kira-kira 350,000 pound (RM1.9 juta) setiap tahun untuk mengeluarkan objek yang tersekat di dubur pesakit.

Selain bebola plastik, antara objek lain yang pernah dikeluarkan ialah belut hidup, botol kaca, balang kopi dan mainan Buzz Lightyear.

Sumber: Daily Star

Sofea

There's always another side to every story