Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah mengambil maklum dan memandang serius tentang isu rungutan orang ramai terhadap harga tambang perkhidmatan pengangkutan awam e-hailing yang dilapor naik.
Dalam satu kenyataan media, difahamkan terdapat dua faktor utama yang menyumbang kepada lonjakan tambang e-hailing iaitu penawaran dan permintaan yang tidak seimbang serta kesesakan lalu lintas yang tinggi menyebabkan masa perjalanan lebih lama.
Tambahnya lagi, gabungan kedua-dua faktor ini sekali gus telah menjejaskan kualiti perkhidmatan e-hailing.
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, beberapa syarikat e-hailing juga telah menunjukkan penurunan bilangan pemandu berdaftar sebanyak 30 peratus berbanding sebelum Covid-19 melanda negara.
Jelasnya, kekurangan pemandu e-hailing secara tidak langsung menyebabkan masa menunggu kenderaan ke beberapa tempat akan mengambil masa yang lama.
Dalam kenyataan tersebut memaklumkan jumlah kenderaan yang berada di jalan sejak fasa peralihan ke endemik mulai 1 April 2022 lalu. Pada tempoh tersebut menyaksikan pergerakan orang ramai dapat bergerak menjalani aktiviti ekonomi dan kehidupan harian seperti biasa sekali gus menyumbang kepada kesesakan lalu lintas berbanding pada peringkat awal wabak menular.
Hal ini menyebabkan faktor-faktor ini telah mempengaruhi formula pengiraan tambang yang digunakan oleh EHO. Antara faktor-faktor tersebut adalah jarak peerjalanan, aliran trafik, keadaan cuaca serta penawaran dan permintaan pasaran. Ini semua akan mempengaruhi kenaikan tambang sejak kebelakangan ini.
Difahamkan terdapat dua caj iaitu tambang asas dan surcaj. Kerajaan tidak mengawal tambang asas dan surcaj tidak boleh melebihi dua kali ganda daripada tambang asas dengan mengambil kira kadar waktu puncak dan harga bahan api.
EHO dibenarkan untuk menetapkan struktur tambang mereka berdasarkan formula sendiri dan syarat perkhidmatan mereka dengan pengguna dalam pasaran terbuka.
Bagaimanapun, EHO berkenaan juga telah memberi jaminan kepada MOT untuk memperuntukkan lebih banyak sumber ke arah meningkatkan bilangan pemandu yang ada pada masa ini.
Justeru, kerajaan menggesa semua EHO supaya meningkatkan saluran komunikasi mereka dengan pengguna. MOT akan terus memantau industri e-hailing untuk memastikan keadilan dan mengelakkan beban yang tidak wajar kepada pengguna.
Kenyataan media berhubung isu kenaikan e-hailing. pic.twitter.com/nt7KoIgKBZ
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) May 24, 2022
Sumber: Bernama