Terdapat tiga kawasan di bahagian Semenanjung dilaporkan sedang mengalami cuaca panas pada tahap berjaga-jaga di mana suhu maksimum dilaporkan boleh mencecah sehingga 37 darjah Celsius.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), tiga kawasan tersebut melibatkan Batang Padang, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.
”Semua kawasan di Sabah & Sarawak dalam pemantauan,” ujar MetMalaysia.
Mengikut MetMalaysia, bagi tahap berjaga-jaga, suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.


Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia