Siakap Keli

Alami “A Single State Of Mind” Dengan Espresso Asal Tunggal Amber Wing Oleh The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia

Terokai Botelhos, Brazil dengan secawan espresso asal tunggal yang baharu oleh The Coffee Bean & Tea Leaf®.

Kuala Lumpur, 25 Mei 2022 – Dari puncak gunung ke tangan anda, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia mempersembahkan aneka perisa dari serata dunia dengan cara kami yang tersendiri – yakni menerusi kopi asal tunggal (single origin) kami. Ramuan espresso asal tunggal ini bakal mengakhiri penantian ramai dengan pengenalan biji kopi Amber Wing yang baharu berasal dari Botelhos, Brazil. Barisan minuman espresso yang berpaksikan biji kopi tersebut akan dihasilkan menggunakan tangan dan rakyat Malaysia dapat merasai keunikan kopi ini serta alami “A Single State of Mind“ dengan setiap hirupan.

“Setiap kali kami membawakan biji kopi baharu dari pelbagai sudut dunia ke cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf®, kami bukan sahaja ingin memuaskan deria rasa para penggemar kopi, tapi juga memperkenalkan rasa unik yang baharu untuk dialami oleh mereka,” sebut Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran & Inovasi, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia. “Menerusi kopi asal tunggal ini khususnya, kami berharap untuk membekalkan anda sebuah pengalaman yang istimewa. Kami percaya bahawa secawan kopi yang segar mempunyai kuasa untuk melapangkan serta menenangkan minda peminumnya dengan membawa mereka ke alam “Single State of Mind”. Dengan pelancaran setiap barisan espresso asal tunggal yang baharu, kami ingin para tetamu kami mengalami sebuah destinasi menerusi kopi yang kami hidangkan, yang jauh daripada hiruk-pikuk kehidupan, walaupun hanya untuk seketika – dan Amber Wing juga tidak terkecuali.”

Mulus dan kaya dengan rasa coklat, espresso asal tunggal Amber Wing hadir dengan sentuhan buah aprikot kering dan rasa sitrus yang ringan, disempurnakan dengan aroma persis buah berangan. Karakteristik tersebut diketengahkan oleh barisan minuman espresso buatan tangan daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia – Gibraltar Latte (RM 13.80) yang digemari ramai, Gibraltar Americano (RM 10.80), Gibraltar Mocha Latte (RM 14.80) dan Ristretto (RM 8.80). Menerusi sajian espresso asal tunggal Amber Wing, rakyat Malaysia dapat alami “A Single State of Mind” dengan aneka perisa yang baharu, sambil menikmati secawan kopi yang unik daripada kami.

Turut hadir bersama produk espresso asal tunggal ini ialah barangan bertemakan Amber Wing yang baharu untuk memperkenalkan biji kopi tersebut secara lebih dekat buat para pelanggan. Ia termasuk cawan gelas, tumbler, beg mesra alam dan Kad TCB edisi terhad. Di samping itu, siri barangan Fressko Mulholland yang baharu juga akan menemui anda dalam warna Blush, Moss dan Surf. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan eksklusif ini di cawangan The Coffee Bean & Tea Leaf® berhampiran anda tidak lama lagi!

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, berita, dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, sila kunjungi platform dalam talian kami seperti laman Facebook di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, akaun Instagram @coffeebeanMY, akaun TikTok @coffeebeanMY, atau laman sesawang kami di www.coffeebean.com.my.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa