Siakap Keli
bas persiaran terbakar
Gambar: Bernama

Bas Persiaran Terbakar Di Lebuh Raya

SEREMBAN, 25 Mei (Bernama) — Sebuah bas persiaran terbakar 90 peratus dalam kejadian di Kilometer 27.93 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini, mengakibatkan kesesakan sepanjang kira-kira 9 kilometer petang tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 4 petang semasa bas yang membawa lima penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Seremban ke Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur.

“Bas itu dipercayai mengalami kerosakan enjin, menyebabkan ia terbakar. Bagaimanapun, pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri… tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. Trafik sesak kira-kira sejam susulan kejadian itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kebakaran berjaya dipadamkan oleh sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 hampir sejam kemudian.

Sumber: BERNAMA

Baca: Duka Isteri Menghadap Ilahi, Pakcik Ni Kerap Masuk Kebun Untuk ‘Luah Perasaan’

Nurfatihah Shahirah Azzuddin