Orang ramai yang berada di Selangor khususnya mereka yang berdepan situasi kecemasan akibat banjir dan memerlukan bantuan segera, boleh menghubungi talian kecemasan Pusat Operasi C5I Smart Selangor.
Menurut Smart Selangor di laman Twitter miliknya, terdapat tujuh talian kecemasan boleh dihubungi selain pautan Twitter untuk laporan kecemasan banjir dan keperluan bantuan segera bagi membolehkan tindakan diambil.
Antara talian yang boleh dihubungi ialah 0356500501, 0356500502 dan 0356500503 serta menerusi aplikasi WhatsApp di talian 0108887364.
”Untuk talian WhatsApp kami beroperasi 24jam, manakala talian telefon sehingga pukul 9 malam.
”Walau bagaimanapun kami sentiasa bersiap siaga untuk beroperasi 24jam berdasarkan situasi terkini,” ujar Smart Selangor.
Sejak pagi Rabu, sebilangan kawasan di bandar raya Kuala Lumpur dihujani hujan berterusan sehingga paras air sungai naik dengan begitu cepat di beberapa tempat.
Difahamkan, beberapa kawasan tumpuan yang tak dijangka turut dinaiki air banjir termasuklah di Masjid Jamek.
Menerusi kemas kini Integrated Transport Information System (Itsis DBKL), beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dinaiki air iaitu di kawasan Bulatan Dato Onn, Jalan Ampang menuju ke Leboh Ampang dan Jalan Ampang ke Jalan Dang Wangi.
Bagi mereka yang memerlukan bantuan, hubungi Pusat Operasi C5I Smart Selangor untuk melaporkan kecemasan dan mendapatkan bantuan segera.
Laporkan kecemasan atau keperluan bantuan segera sekiranya berlaku banjir di tempat anda di talian berikut:@MPKCare @MP_KualaLangat @MPKCare @suk_selangor @sacitycouncil @MPSelayang @MPSepang @mp_ampangjaya @pjcitycouncil @MbiSelangor pic.twitter.com/SBlMaCFBc7
— Smart Selangor (@Smart_Selangor) May 25, 2022
Sumber: Twitter