Siakap Keli
guru bantu pelajar oku lompat tinggi
Gambar: TikTok @kentangterox

Guru Bantu Pelajar OKU Lompat Tinggi Lepasi Palang Buat Ramai Sebak

Baru-baru ini ‘viral’ sebuah video memaparkan aksi seorang guru bantu pelajar OKU lompat tinggi yang meraih simpati netizen.

Allah SWT menciptakan setiap manusia dengan pelbagai bentuk dan rupa paras yang berbeza-beza. Ada yang tinggi, ada yang rendah dan ada yang berhati mulia.

Setiap insan mempunyai kelebihannya yang tersendiri walaupun sebahagian mereka tergolong dalam golongan istimewa yang dipilih oleh Allah SWT.

Begitulah juga kasih seorang guru yang membantu seorang pelajarnya yang OKU semasa latihan lompat tinggi di sekolah dalam satu peristiwa baru-baru ini.

Syafie Zikri seorang pelajar OKU yang ceria, walaupun kakinya tidak sempurna seperti pelajar lain. Namun ia bukanlah penghalang baginya untuk terus melangkah menjalani hidup seperti kanak-kanak lain.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @kentangterox, ia memaparkan seorang guru lelaki membantu kanak-kanak istimewa itu dengan mengangkatnya melepasi palang dalam acara lompat tinggi.

Tambahan pula, ramai rakan-rakan yang lain turut bersorak memberikan semangat kepada adik Syafie yang berlari dengan penuh semangat.

@syafikecik

Alhamdulillah tahun ni lepas juga😂#fyp #ackn #NNN #viral

♬ bunyi asal – Haikal ackn🍁 – SYAFI ZIKRI✨

Video yang dikongsikan di TikTok itu tular di media sosial dan mendapat lebih 1.2 juta tontonan serta 118,000 tanda suka setakat artikel ini ditulis.

Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan memuji tindakan yang dilakukan oleh guru terbabit terhadap pelajar itu.

“I am a teacher and I am so proud of this teacher. Tahniah Cikgu, semoga lebih ramai lagi students dapat belajar dengan Cikgu. All the best Syafie,” kata Laksmi Muthu.

“Mesti cikgu ni menjadi guru kesayangan kan..terbaik cikgu,” kata Selasihku Sayang.

“Ya Allah… berair mata tengok video tiktok ni. Terharu dengan semua yang very supportive,” kata Wfsufina.

Sebelum ini, adik Syafie pernah tular dengan aksi yang sama untuk melompat melepasi palang namun gagal.  Bagaimanapun, berkat pertolongan gurunya, dia berjaya melompat melepasi tiang itu.

@syafikecik

Ni adik aku.. Syafi zikri namanya.. Walaupun dia mcm tu.. Tapi usaha dia keyakinan dia buat aku bangga😊😊#fizofc #anakpungut #teamsunemon

♬ bunyi asal – 💚Mohd Haikal💙 – SYAFI ZIKRI✨

Sumber: Tiktok @kentangterox

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?