Siakap Keli
Bil hanya RM17
Bil Hanya RM 17

Isteri ‘Admit’ Wad 3 Hari 2 Malam Di Hospital, Suami Terkejut Bil Hanya RM17

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Suami terkejut, isterinya ‘admit’ wad di Hospital Putrajaya selama tiga hari dua malam, bayaran bil hanya RM17 sahaja.

Kemudahan  dan hospitaliti hospital di Malaysia tidak dapat dinafikan, memang telah lengkap dengan pelbagai peralatan untuk merawat dan memantau tahap kesihatan kita semua, tidak kiralah hospital kerajaan mahupun swasta.

Umumnya, di hospital swasta, kita mungkin perlu menyediakan sejumlah wang yang agak besar untuk membayar kos rawatan, berbanding perkhidmatan di hospital kerajaan yang biasanya lebih murah dan kebanyakannya percuma sahaja.

Namun, tidak banyak perbezaan pun antara kedua-dua jenis hospital ini kerana ia masih mempunyai tujuan yang sama, iaitu merawat mereka yang memerlukan rawatan dengan sebaiknya.

Menerusi akaun Twitter milik Amirul Hanafy, dia kongsikan bil rawatan yang dikenakan kepada isterinya yang ‘admit‘ wad di Hospital Putrajaya yang difahamkan hospital tersebut adalah separa swasta.

Ikuti perkongsian yang mengejutkan dari dia yang telah kami sertakan di bawah, semoga bermanfaat.

Isteri aku kena tahan wad empat hari, tiga malam tapi bayaran bil hanya RM17

Isteri aku warded empat hari tiga malam di Hospital Putrajaya, Mac lalu. Sebelum aku ambil dia dekat ward, wife pesan untuk bayar bil rawatan dan kos ward dekat kaunter dulu. Aku risau dan berpeluh-peluh. Pergi ATM keluarkan duit RM400. Sekali kena bayar RM17 saja.

Aku macam terkesima “Serius la?” Empat hari tiga malam kot, aku dah sediakan kad debit risau kalau tak cukup, boleh bayar online. Aku tanya Liya (isteri), “Makanan macam mana?” Dia jawab “Kerap bang, lima kali sehari.” 

“Makanan standard orang sakit ke?” tanya aku. “Tadi makan ayam masak kurma. Bukan biasa-biasa, aku tak puas hati dan tanya lagi misi jaga macam mana? Dia jawab, misi setiap jam datang pantau nak pastikan kerap minum air dan pemeriksaan air kencing. 

Aku pun tanya isteri aku “Cuba teka berapa abang bayar bil sayang?”. Dia jawab RM300, aku pun beritahu jumlah yang sebenar bahawa bil hanyalah RM17 sahaja. Dia pun terkejut dengan jumlah tersebut. Aku tanya kawan pejabat pun mereka cakap kadang-kadang ada tak sampai RM10 pun. 

Gambar: Twitter

Aku mulai dari saat tu, memang aku respect habis la dengan healthcare kita. Sebelum ni memang la pernah pergi Klinik Kesihatan (KK) dan bayar RM1 setiap kali perkhidmatan. Tu aku kira memang murah. Tapi ni warded, 4 hari 3 malam. Siap makan minum, ada nurse jaga dan pantau.

Memang betul la, kos healthcare negara kita jauh lebih murah. Walaupun kadang kala kau tunggu servis diorang lama, tapi berbaloi la dari bayar ribuan ringgit untuk perkhidmatan dan layanan yang hampir sama.

Aku terdetik nak tweet ni sebab recently ada orang marahkan nurse pergi beli sarapan and lewat 30 minit (berdasarkan dakwaan). Biasa la tu kalau lambat, kalau dia tak pergi beli sarapan pun, untuk uruskan satu per satu pesakit pun lama juga. Bukan 5 minit setiap pesakit.

Kau kena menarik nafas yang lega sebenarnya, di waktu negara yang kau sangka porak peranda ni, masih ada kebajikan yang negara mampu cover kita.

Kalau rasa perkhidmatan KK tu lambat dan kita banyak duit, pergilah hospital/klinik swasta. Kalau kita tak ada banyak duit, maka kita kurang pilihan. Jadi bersyukurlah walaupun tak puas hati. At least poket tak koyak.

Tak semua benda kita kena tak puas hati. Cuba jadi baik, tak salah pun.

PENAFIAN: Thread ni tidak mengatakan kos semua jenis rawatan termasuk bersalin itu murah di Hospital Putrajaya. Seperti yang tertera pada resit, ianya hanya merangkumi kos penginapan wad (RM3/unit *mungkin per hari) dan kos Urine for feme (idk what is that) RM5.

Ini hanyalah cerita pengalaman aku dan isteri di Hospital Putrajaya. Ceritanya panjang, dipendekkan cerita, wife aku dehydration kena masuk wad emergency Hospital Putrajaya dan dipindahkan ke PBBR Presint 8. Bayar bil di kaunter Hospital Putrajaya.

Sebab menurut QRT dan komen-komen di FB mengatakan Hospital Putrajaya ni semi goverment, kalau bersalin mahal. Unless kalau staff governement, kosnya lain. Aku dan isteri staff swasta. Done penafian.

Sumber: Amirul Hanafy (@amirulhanafy)

Faiz Mustafa