Siakap Keli
tak bai letupan bom
Gambar: Kosmo!

Pekan Tak Bai ‘Bergegar’, Letupan Bom & Berbalas Tembakan ‘Meletus’ Malam Tadi

Pekan Tak Bai di Narathiwat, selatan Thailand dilapor ‘dikejutkan’ dengan insiden berbalas tembakan dan letupan bom dalam satu kejadian pada malam tadi, lapor Kosmo!.

Menurut Kosmo!, penduduk tempatan yang tinggal di sempadan Malaysia-Thailand, khususnya di Pengkalan Kubor, Tumpat juga turut panik ekoran beberapa klip video mengenai kejadian tersebut tular di media sosial.

Difahamkan, keadaan api yang marak tercetus ekoran insiden tersebut, di samping turut kedengaran bunyi tembakan kuat yang dilepaskan dipercayai dari jarak dekat.

Dalam kejadian itu lagi, turut kelihatan pihak berkuasa menahan beberapa individu tidak berbaju yang dipercayai merupakan anggota puak pemisah Thailand.

Menurut Kosmo!, detik-detik cemas tersebut sempat dirakam oleh penduduk yang berada di sekitar lokasi kejadian sebelum rakaman tersebut tular hingga mencetuskan panik dan meraih perhatian ramai.

Bagaimanapun difahamkan, segala maklumat lanjut serta punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti setakat ini.

Sementara itu, lapor Kosmo! lagi, Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun dilapor enggan mengulas lanjut tentang insiden itu.

Beliau memberi maklum balas sedemikian ketika ditemui pemberita di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat malam tadi.

Sumber: Kosmo!

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?