Siakap Keli
Kredit: Bernama

Pelanjutan Tempoh Perkhidmatan Guru Interim Kementerian Pendidikan Bagi Lantikan Tahun 2019

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin memaklumkan bahawa  tempoh perkhidmatan Guru Interim lantikan tahun 2019 akan  dilanjutkan untuk tempoh satu (1) tahun lagi. Pelanjutan tempoh ini  adalah bagi membolehkan urusan temuduga dan lantikan tetap untuk  guru-guru yang telah memenuhi syarat diselesaikan oleh Suruhanjaya  Perkhidmatan Pendidikan (SPP). 

Sementara itu, bagi Guru Interim lantikan sebelum tahun 2019, mereka  juga hendaklah memastikan syarat-syarat lantikan Skim Perkhidmatan  Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dipenuhi bagi membolehkan  perakuan dibuat oleh KPM sebelum dikemukakan kepada SPP untuk  urusan temuduga dan lantikan tetap. 

KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa