Siakap Keli
how to murder your husband
Gambar: Metro UK

Penulis ‘How To Murder Your Husband’ Didapati Bersalah Atas Tuduhan Membunuh Suaminya

PORTLAND, Oregon – Juri kehakiman di Portland telah mensabitkan kesalahan ke atas seorang penulis novel bergenre percintaan yang pernah menulis sebuah esei berjudul ‘How To Murder Your Husband’ atas tuduhan menembak mati suaminya empat tahun lalu.

Sekumpulan juri yang terdiri daripada tujuh wanita dan lima lelaki itu mendapati tertuduh, 71, bersalah kerana membunuh pada hari Rabu selepas berbincang selama dua hari mengenai kes berkenaan, lapor KOIN -TV

Suaminya, 63, telah dibunuh pada 2 Jun 2018, ketika sedang bersiap untuk bekerja di Institut Kulinari Oregon di Portland Barat Daya.

Penulis ‘How To Murder Your Husband’ itu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi pada hari Rabu itu ketika berada di dalam bilik mahkamah Multnomah County yang sesak itu.

Lisa Maxfield, salah seorang peguam tertuduh, berkata pasukan pembelaan bercadang untuk usulkan rayuan.

Pendakwa raya memberitahu para juri bahawa pembunuhan yang dilakukan oleh tertuduh didorong oleh masalah wang dan polisi insurans hayat.

Sewaktu perbicaraan berlangsung, tertuduh berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk membunuh suaminya dan masalah kewangan mereka sebahagian besarnya telah pun diselesaikan dengan pelan simpanan persaraan mangsa.

Tertuduh dikatakan memiliki jenama dan model senjata yang sama digunakan untuk membunuh suaminya seperti yang terakam melalui sebuah kamera pengawasan ketika memandu pergi dan pulang dari institut masakan tersebut.

Pihak polis dilaporkan gagal untuk menemui pistol yang digunakan untuk membunuh mangsa. Pendakwa raya mendakwa tertuduh telah menukar laras pistol yang digunakan dalam pembunuhan dan kemudiannya membuang laras tersebut.

Peguam pembelaan menyatakan bahagian senjata itu telah menjadi suatu bentuk inspirasi untuk karya tertuduh dan berpendapat bahawa ada orang lain yang mungkin telah membunuh mangsa semasa kejadian rompakan berlaku.

Tertuduh memberikan keterangan semasa perbicaraan bahawa kehadirannya berhampiran dengan tempat kerja suaminya pada hari kejadian adalah kebetulan semata-mata dan dia telah memarkir keretanya di kawasan itu untuk menyiapkan penulisannya.

Artikel yang ditulis oleh tertuduh itu dilaporkan mengandungi perincian mengenai kepelbagaian pilihan untuk melakukan pembunuhan yang tidak akan dikesan serta bagaimana untuk mengelak dari ditangkap.

Hakim Christopher Ramras akhirnya mengecualikan artikel itu daripada perbicaraan dengan menyatakan bahawa artikel tersebut diterbitkan pada 2011.

Tertuduh kekal dalam tahanan sejak penangkapannya pada September 2018, beberapa bulan selepas suaminya ditembak. Hukuman terhadapnya telah dijadualkan bermula pada 13 Jun.

Sumber: Npr

Baca: Duka Isteri Menghadap Ilahi, Pakcik Ni Kerap Masuk Kebun Untuk ‘Luah Perasaan’

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.