Siakap Keli
adik bilal
Gambar: Ebit Lew

Sebak, Ebit Lew Jumpa Adik Bilal, “Satu Boleh Dibuat Pembedahan, Tapi Yang Ni Tak Boleh..”

Siapa yang tidak kenal dengan pendakwah hebat yang tidak kenal apa itu erti penat dan lelah, Ebit Lew? Kita sentiasa dapat lihat dirinya ‘ke hulu, ke hilir’ jika terdapat sebarang kesusahan yang memerlukan bantuan tidak kira bangsa, agama dan kepercayaan apa pun yang mereka pegang, semua dia bantu.

Ramai rakyat Malaysia yang berada dalam kesusahan dibantu oleh beliau dengan pelbagai cara. Ada yang diberikan tempat tinggal yang baru, kenderaan, bantuan berbentuk wang ringgit dan banyak lagi bantuan lain yang diberikan.

Baru-baru ini tular pula kisah Adik Bilal yang mengalami penyakit ketumbuhan yang menyebabkan kepalanya menjadi lebih besar daripada badan. Sungguh meruntun jiwa, melihat adik Bilal yang hanya terbaring dan diberikan susu melalui saluran tiub yang bersambung terus ke dalam perutnya.

Oleh kerana ramai yang ‘tag’ beliau pada video tersebut, tanpa berlengah, Ebit Lew terus bergegas ke Kulim, Kedah untuk bertemu sendiri dengan Adik Bilal. Semoga semua ahli keluarga terutama ibu bapa Adik Bilal tabah dalam menjalani ujian Allah S.W.T ini.

Ikuti juga perkongsian terkini Ebit Lew yang telah kami sertakan di bawah ketika beliau bertemu dengan Adik Bilal.

“Saya sangat bertuah bertemu dengan adik Bilal.”

Sebak rasa ramai ‘tag’ saya dekat Tik Tok berita adik Bilal ni. Terus ke Kulim Kedah.. Mak dan ayahnya berhenti kerja menjaga anak ini dah setahun lebih. Kakaknya juga langsung tidak boleh mendengar. Betapa berat ujian kedua mak ayah ini. Pasti Allah sayang padanya. Semoga kedua mak ayah ini tabah dan kuat.

Gambar via Ebit Lew

Saya tanya ada apa-apa rawatan boleh dibuat. Katanya ada dua jenis sakit begini. Satu boleh dibuat pembedahan, tapi yang ni tak boleh. Diterangkan ayahnya.

Dua jam sekali menyusu melalui straw terus ke perutnya. Dengar Bilal merengek masa minum susu macam baby lain. Bila susu terlambat atau tak sabar nak menyusu. Saiz badan sama baby lain. Allahuakbar. Jika ada apa-apa rawatan pakar boleh dibuat teringin nak bantu adik ni.

Gambar via Ebit Lew
Gambar via Ebit Lew

Beri sedikit sumbangan dan berdoa bersama. Kata ayahnya ya Allah ustaz banyak ni. Takdelah adik sedikit je. Semoga Allah sembuhkan dan beri keajaiban buat Bilal. Buat mak ayahnya Allah beri ketabahan dan kekuatan.

Katanya mereka bertuah dapat jumpa saya. Taklah. Sebenarnya saya sangat bertuah dapat berjumpa adik Bilal dan mak ayahnya yang sedang diuji tanda sangat disayangi Allah. Ya Allah berilah kekuatan dan bantulah keluarga ini.

Gambar via Ebit Lew
Gambar via Ebit Lew

 BACA JUGA : Ebit Lew Suap, Sapa Maknyah Sambil Cerita Tentang Iman

Sumber: Ebit Lew

Faiz Mustafa