Siakap Keli

Bisner Hampir Tutup, Lelaki Ini Kongsi Kisah ‘Struggle’ Usahawan Sebelum Berjaya Dalam Perniagaan

Shah Alam – Bangga dan terharu apabila dapat melihat anak didik yang dibimbing pada 2016 dengan jualan RM2 juta menyaksikan transformasi kepada RM100 juta pertama hanya dalam tempoh lima bulan tahun ini dalam dunia bisnes.

Menurut Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman, beliau melihat sendiri usaha dan komitmen Pengasas Eskayvie, Puan Kartika Wati Mohamed dalam membina bisnesnya hingga ke peringkat ini.

“MasyaAllah tabarakallah, rasa bangga dan terharu sebab orang mana tahu apa yang di belakang tabir. Orang tahu dua benda, kau lingkup dan ada yang gembira manakala kau berjaya ada yang dengki.

“Hari ini nak jumpa orang yang bahagia bila tengok orang lain bahagia bukan mudah sedangkan mereka tak tahu saat usahawan ini hilang keyakinan, arah, tersekat dan tak tahu apa nak buat lagi,” katanya dalam satu hantaran di Instagram sebentar tadi.

Tambah Azizan, usahawan jutawan yang dibimbingnya ada yang mesej kadang-kadang tengah malam atau tak kira masa untuk nak jawapan atau solusi kepada situasi dihadapi.

“Hari ini saya berbangga dengan satu lagi usahawan jutawan RichWorks pecah rekod jualan RM100 juta pertama dan nak lihat ramai anak bangsa usahawan kami pecah jualan RM100 juta pertama dan seterusnya. Amin!

“Saya nak lahirkan lebih ramai bangsa usahawan, lantaklah ‘haters’ nak cakap apa. Mereka tak membantu pun bangsa kita!,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azizan memberitahu, minggu depan juga beliau akan bimbing kumpulan baru usahawan yang hadir ke 10x Bina Bisnes Berjaya pada 4 & 5 Jun di Setia City Convention Centre, insyaAllah.

Program itu ditaja RichWorks sempena ulang tahun ke-14 ditubuhkan dengan usahawan berminat boleh layari laman web www.binabisnesberjaya.com sekarang.

Sementara itu, Kartika memberitahu, Eskayvie bermula perjalanan baharu apabila beliau mula turunkan ego dan pergi menuntut ilmu dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman yang memberi dorongan serta kepastian tentang apa perlukan dalam perniagaan pada penghujung 2016.

“Adanya mentor yang memberikan tunjuk ajar, kepastian & hala tuju kini Eskayvie mampu bertapak selama 13 tahun di dalam industri.

“Alhamdulillah, Allah datangkan seorang guru yang berilmu & mempunyai pengetahuan luas untuk bantu membangunkan Eskayvie,” luahnya lagi.

Baca: Duka Isteri Menghadap Ilahi, Pakcik Ni Kerap Masuk Kebun Untuk ‘Luah Perasaan’

Aqmal Ezany

I write what is right