Siakap Keli
kucing tahu nama satu sama lain

Kajian Dapati Kucing Yang Tinggal Serumah Rupanya Tahu Nama Satu Sama Lain

Kucing yang tinggal bersama dengan kucing yang lain boleh mengenal pasti dan tahu nama satu sama lain, menurut satu kajian baru di Jepun.

Penemuan oleh saintis di Universiti Kyoto itu adalah hasil kajian terhadap 48 ekor kucing yang tinggal bersama dengan sekurang-kurangnya dua haiwan peliharaan lain, iaitu sama ada di rumah atau di kafe kucing.

Kajian ini dilakukan dengan menyahkod kebolehan kognitif kucing di mana kesemua kucing dalam kajian telah ditunjukkan gambar salah satu kucing lain yang mereka tinggal bersama.

Sepanjang tempoh kajian, tindak balas daripada kucing akan dipantau apabila nama kucing atau nama yang mereka tidak kenali dipanggil.

Kucing itu diuji secara individu di dalam bilik biasa, kata kajian itu. Menurut saintis, jika kucing itu merenung foto cukup lama ianya adalah petanda yang pasti bahawa kucing itu tahu akan nama sebenar haiwan yang digambarkan.

Seekor kucing, menurut kajian itu, ”hanya menyelesaikan percubaan pertama sebelum melarikan diri dari bilik dan memanjat keluar dari jangkauan”.

Kajian itu menyimpulkan bahawa bilangan ahli isi rumah juga mempengaruhi tindak balas kucing: ”dengan lebih ramai ahli keluarga, kucing hadir lebih lama ke monitor dalam keadaan tidak selaras,” katanya.

Kajian juga mendapati bahawa kucing yang telah tinggal bersama keluarga lebih lama menunjukkan jumlah perhatian yang paling banyak apabila hubungan nama-muka tidak serasi.

Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa kucing mungkin dapat mempelajari nama dengan memerhati interaksi manusia. Dalam kes kucing domestik, kucing itu memadankan ”sekurang-kurangnya nama dan wajah teman mereka, dan mungkin nama ahli keluarga manusia mereka’.

Ini adalah bukti pertama yang menunjukkan bahawa kucing peliharaan boleh menghubungkan manusia dan nama mereka melalui pengalaman hidup seharian mereka. Walau bagaimanapun, saintis masih tidak jelas mengenai motif kucing itu mengingati nama.

”Satu penjelasan yang ada mungkin berkaitan dengan persaingan. Sebagai contoh, kucing mungkin menerima makanan apabila pemilik memanggil namanya tetapi tidak apabila dia memanggil nama kucing lain, ” kata kajian itu.

Sumber: Independent.co.uk

Nurlizah Khazani