Siakap Keli

Mesut Ozil Tunai Solat Jumaat Di Masjid Istiqlal Raih Perhatian Ramai

Bintang bola sepak antarabangsa Mesut Ozil telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Istiqlal, Jakarta Pusat, Jumaat pada hari ini.

Seperti yang dilaporkan oleh Kompas.com, kedatangan bintang kelab bola sepak Turki FC Fenerbahce itu menarik perhatian jemaah solat Jumaat di Masjid Istiqlal.

Malah, kehadiran jemaah solat Jumaat di masjid yang terletak di Daerah Sawah Besar itu kelihatan lebih ramai daripada biasanya.

Para jemaah dilihat memenuhi kawasan dalam masjid. Saf dari depan ke belakang dipenuhi oleh ramai jemaah termasuk saf di tingkat dua masjid tersebut.

Difahamkan, pemain berketurunan Turki, Mesut Ozil itu tiba di kawasan Masjid Istiqlal pada jam 11.43 pagi. Kedatangan bekas pemain Real Madrid itu ternyata menarik perhatian jemaah masjid dengan rata-ratanya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar.

Pesepak bola Mesut Ozil tiba di Masjid Istiqlal, Jakarta Pusat, untuk melangsungkan ibadah shalat Jumat pada Jumat (27/5/2022).

Setibanya di kawasan masjid, pemain bola berdarah Turki itu dilihat segera menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum solat Jumaat bermula.

Berdasarkan tayangan video oleh pengurus masjid, ketika khatib menyampaikan khutbah, Ozil kelihatan khusyuk mendengar amanat agama yang disampaikan oleh khatib bertajuk “Suluk Sosial dan Fiqh Anti Rasuah”.

Ozil menunaikan solat Jumaat bersebelahan Imam Besar Masjid Istiqlal iaitu KH. Nasiruddin Umar.

Sebelum ini, bintang bola sepak dunia itu yang berada selama empat hari berada di Indonesia, dilaporkan mahu melawat Bali dan Masjid Istiqlal di Pusat Jakarta.

”Gol pertama, saya ingin ke Masjid Istiqlal dan yang kedua saya akan berkunjung ke Bali untuk bercuti bersama keluarga,” kata Ozil pada sidang media di Jakarta Rabu lalu.

Menurut Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (Menparekraf) Sandiaga Uno, Mesut Ozil akan menunaikan solat Jumaat di masjid terbesar di Asia Tenggara itu.

“Jadi Masjid Istiqlal yang sudah mendunia ini adalah sebahagian daripada pelancongan keagamaan kami. Untuk solat Jumaat, beliau bercadang untuk mengadakannya di Masjid Istiqlal,” kata Sandiaga.

Berikut merupakan tayangan video yang dikongsikan.

Sumber: Kompas.com, Youtube

Nurlizah Khazani