Siakap Keli
piala dunia fifa qatar
Foot: Expatwoman

Nombor Plat Piala Dunia Fifa Dijual Dengan Harga Kira-Kira 1.8 Juta Riyal Qatar

DOHA, 28 Mei (Bernama) – Jabatan Polis Trafik Qatar telah menjual 50 nombor plat yang mempunyai logo Piala Dunia FIFA Qatar 2022 semasa lelongan dalam talian, dengan nombor termahal dijual pada harga 1.8 juta riyal Qatar (US$495,000), lapor Sputnik.

Menurut jabatan itu pada Jumaat, nombor plat berkenaan akan mula dipasang pada Jun.

Lelongan plat nombor khas kenderaan amat popular di negara-negara Teluk. Lapan tahun lalu, nombor plat “333355” dijual dengan harga 200 juta riyal (US$55 juta).

Pembeli perlu membuat pembayaran dalam masa dua hari, jika gagal mereka akan dikenakan denda dan dilarang membuat lagi pembelian.

Sumber: Bernama

Baca juga: Ibu Dah “Burnout” Terduduk Lesu, Tak Larat Nak Layan Anak Asyik Menangis Hanya Nak Susu Badan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang