Hari ini yang bertarikh 30 Mei 2022 sepatutnya adalah hari terakhir bulan Syawal pada asalnya. Pendek kata, jumlah hari bagi Syawal tahun ini adalah menyamai jumlah bilangan hari pada Ramadan lalu, iaitu hanya 29 hari.
Namun menurut Jabatan Mufti Negeri Selangor, data kedudukan bulan dan matahari seperti yang direkodkan dalam cerapan terbaharu menunjukkan terdapat perubahan pada tarikh asal akhir Syawal dan awal Zulkaedah.
“Berdasarkan data-data kedudukan bulan dan matahari ketika matahari terbenam pada hari ini iaitu hari Isnin, 29 Syawal 1443H mendapati kedudukan bulan tidak memenuhi kriteria Imkanurrukyah.
“Maka, keeesokan hari, 31 Mei 2022 iaitu hari Selasa adalah bersamaan dengan 30 Syawwal 1443H. Oleh itu, 1 Zulqa’dah 1443H ditetapkan pada hari Rabu, 1 Jun 2022. Sekian dimaklumkan, terima kasih,” maklum jabatan tersebut.
Jabatan Mufti Negeri Selangor memaklumkan hebahan sedemikian menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi petang tadi. Turut sama dikongsikan adalah infografik mengenai kedudukan bulan tersebut.


Terdahulu, tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini secara rasminya telah jatuh pada tanggal 2 Mei yang difahamkan awal sehari mengikut tarikh sepatutnuya. Perkara tersebut diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
Sumber: Jabatan Mufti Selangor