Siakap Keli
Gambar: Mothership

Netizen Tertanya Rambut Singa Kemas & Rapi, Ini Penjelasan Dari Pihak Zoo

Gambar singa yang dimuat naik seorang pelawat Zoo Guangzhou telah menjadi tular kerana memiliki gaya rambut yang aneh dan lucu.

Pelawat zoo itu telah berkongsikan gambar tersebut di halaman Litte Red Book (Xiaohongshu) miliknya pada 28 Mei lalu.

Rambut singa jantan itu berbentuk seakan-akan petak dan beralun. Hal ini telah mencuit hati netizen kerana kebiasaannya, rambut singa tidak seperti itu.

Oleh itu, terdapat beberapa persoalan yang ditanyakan oleh netizen, seperti “siapa yang bertanggungjawab memotong rambut singa seperti itu”.

Selain itu, ada yang menambah, “pada minggu lepas, rambut singa itu tidak seperti itu”. Oleh itu, mereka ingin mengetahui sama ada penjaga zoo yang bertanggungjawab memotongnya atau tidak.

Tambah mereka lagi, untuk memotong rambut seperti itu, ia memakan masa yang lama dan memerlukan lebih dari seorang pekerja.

Namun, pihak zoo membalas pertanyaan mereka dengan menyatakan tiada sesiapa yang memotong rambut singa tersebut. Rambut itu terjadi disebabkan faktor cuaca dan kelembapan udara di Guangzhou.

Sumber: Mothership

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.