Siakap Keli
Gambar Via Kosmo

Polis Sedang Giat Mengesan Penunggang Motosikal Hayun ‘Helmet’

Seremban – Polis kini menjalankan siasatan berkaitan insiden penunggang motosikal yang menganggu jalan raya di Jalan Temiang-Pantai seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Memetik laporan Utusan, siasatan awal polis mendapati bahawa kejadian itu berlaku pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata ia berlaku pada waktu tengah hari di mana terdapat sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti dan meletakkan kenderaan di dalam laluan kecemasan di lokasi kejadian.

“Pada masa yang sama, rakaman video dari kamera papan pemuka (dashcam) tersebut turut memaparkan seorang individu seakan-akan cuba untuk membaling objek ke arah kenderaan perakam.

“Bertindak atas rakaman yang diperoleh, satu siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pesalah yang terlibat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan galangan di atas jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes tersebut iaitu Inspektor Fadzilah di talian 016-2895801.

“Pihak polis sentiasa memantau dan melakukan penguatkuasaan di lokasi-lokasi tumpuan terutama di Jalan Temiang-Pantai bagi memastikan tiada sebarang pelanggaran undang-undang berlaku.

“Polis juga mengingatkan kepada semua pihak untuk lebih bertanggungjawab dan memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya,” katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 11 saat yang memaparkan  penunggang motosikal menganggu pengguna jalan raya yang lain.

 

Sumber: Utusan

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.