Peminat pasukan Saint-Etienne FC dilaporkan telah merusuh masuk padang sebaik sahaja tumpas 5-4 menerusi sepakan penalti di tangan AJ Auxerre sekali gus menyebabkan tersingkir ke divisyen bawah.
Perlawanan pusingan kedua di Stade Geoffroy-Guichard berakhir dengan seri 1-1 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang gol berjaya dihasilkan. Ini menyebabkan mereka berkongsi mata agregat 2-2 selepas kedua-dua pasukan juga seri 1-1 pada perlawanan pertama.
Penyokong Saint-Etienne nekad menceroboh padang sejurus selepas sepakan penalti berakhir. Justeru, pemain dari kedua-dua pasukan bergegas ke bilik persalinan kerana para peminat yang marah telah menyerbu masuk padang sambil menyalakan suar.
Akhbar L’Equipe berkata, penyokong itu kemudiannya bersurai setelah diarahkan oleh polis. Tiada sebarang kecederaan dialporkan.
Auxerre mendahului awal separuh masa kedua pada hari Ahad lalu dengan jaringan gol oleh Hamza Sakhi sebelum Mahdi Camara menjaringkan mata penyamaan bagi Saint-Etienne.
Dalam penentuan sepakan itu, Ryad Boudebouz terlepas sepakan penalti untuk Saint-Etienne sekaligus memberi tempat untuk Auxerre dalam Ligue-1 musim depan.
Saint-Etienne, yang memegang rekod juara 10 kali liga, telah menjadi tuan rumah perlawanan kedua ketika pasukan bimbingan jurulatih Pascal Dupraz tidak berjaya dalam perlawanan penyingkiran. Kali terakhir mereka bermain di peringkat kedua pada musim 2004-05.
“Kami akan mengumumkan dalam masa terdekat mengenai masa depan kelab dan kami sendiri,” kata pemegang saham Saint-Etienne Bernard Caiazzo dan Roland Romeyer dalam satu kenyataan yang diterbitkan sejurus selepas tamat perlawanan Ahad lalu.
Auxerre menduduki tempat ketiga di divisyen kedua. Setelah sedekad berlalu, Auxerre akhirnya mendapat tempat di peringkat atas sekaligus memecahkan kegusaran mereka.
https://www.facebook.com/nrtsport2/videos/5714248008610099/
Sumber: ESPN