Siakap Keli
bapa namakan anak naruto
Gambar: Oddity Central

Bapa Namakan Anak ‘Naruto’ Gara-gara Terlalu Taksub Dengan Anime Tersebut

Seorang bapa tunggal menjadi menjadi tumpuan dunia selepas menamakan anak lelaki tunggalnya dengan nama watak protagonis anime popular Jepun, iaitu Naruto dan ibu bapanya.

Menurut Oddity Central, Jamesey Bolivar Maribojo, 29, yang tinggal di bandar Davao, Filipina merupakan peminat tegar anime Naruto, sebuah animasi Jepun yang mengisahkan penggembaraan seorang ninja remaja.

Tidak dinafikan anime Naruto telah menarik minat beberapa generasi penggemar anime yang berasal dari Jepun itu.

Difahamkan, Jamesey yang amat menyayangi watak anime itu teruja selepas teman wanitanya hamil dan mahu menamakan anak mereka dengan nama watak itu.

Dia yang telah berpisah dengan teman wanitanya mendapat persetujuan untuk meletakkan nama anaknya itu pada sijil kelahiran dengan nama Naruto.

Tidak sampai di situ sahaja, dia yang tidak berpuas hati dengan hanya meletakkan nama Naruto turut mengambil nama ibu kepada Naruto iaitu ‘Kushina Uzumaki’ dan Ayah kepada watak itu ‘Minato Namikaze’ untuk diletakkan pada nama anaknya.

Sehubungan itu, nama penuh anak lelakinya itu ialah ‘Naruto Uzumaki Namikaze Maribojo’.

Gambar: Oddity Central

“Saya sentiasa menjadi peminat setia anime itu, sejak dari awal lagi. Jika anda tahu, cerita Naruto berkisarkan tentang seorang budak lelaki yang membesar tanpa keluarga.

“Sebagai bapa tunggal, saya menjaga anak sepanjang masa,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, keluarga Jamesey tidak bersetuju dengan nama yang diberikan untuk bayinya. Pihak keluarganya mengatakan bahawa nama itu sukar untuk disebut dan anaknya mungkin akan dibuli oleh kanak-kanak lain.

Namun, Jamesey tidak berkata apa-apa dan tidak mengendahkan pandangan keluarganya itu.

“Pada mulanya, tiada siapa yang percaya bahawa itu adalah nama penuhnya disebabkan mereka memanggilnya Naruto. Ramai yang bertanya kepada saya jika itu nama sebenarnya,” kata bapa yang meminati anime itu.

Sementara itu, bapa muda itu juga mungkin akan memberikan nama saingan watak anime itu, Sasuke Uchiha sekiranya dia mempunyai anak lelaki lagi.

Sumber: Oddity Central

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.