Seorang individu didakwa menawarkan perkhidmatan pemasangan pendakap gigi (braces) dengan harga yang jauh lebih murah berbanding caj sebenar yang dikenakan di klinik pergigian lain.
Difahamkan, pada asalnya seorang warganet melontarkan soalan ringkas di Twitter secara umum yang berbunyi, “Berapa kos pakai braces ya?”. Ciapan itu tular dan meraih pelbagai jawapan.
Bagaimanapun individu tadi membalas ciapan berkenaan dengan menyatakan bahawa dia mempunyai rakan yang boleh menawarkan perkhidmatan itu dengan harga yang lebih rendah berbanding klinik.
“Kawan I ada buatkan, RM300 je, siap datang rumah lagi kalau nak. Maintain bulan-bulan sukahati nak buat kat klinik atau dengan dia, dengan dia cuma RM50.
“Ramai juga buat dah dengan dia. Dan dia diperakui (saya rasa), nak nombor dia?” kata individu tersebut dalam ciapan balas itu.

Kenyataan individu itu tular dan meraih perhatian kebanyakan warganet yang membaca ciapan itu, sehinggalah ia tiba juga ke pengetahuan Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Bagaimanapun, KKM bertindak membalas semula (retweet) ciapan individu terbabit dengan mendakwa pihaknya memerlukan nombor telefon ‘kawannya’ yang membuat perkhidmatan braces murah tersebut.
“Assalamualaikum. @KKM_PERGIGIAN & @CKAPS_KKM ambil maklum. Nak number dia please,” kata KKM di Twitter.

Perkara ini menimbulkan keraguan warganet sama ada rakannya itu mendapat kelulusan ataupun tidak selepas membalas kenyataan yang dimuat naik oleh individu itu. Sesetengah netizen bertindak retweet kembali kenyataan yang ditulis oleh KKM individu itu.

Sumber: Twitter KKM