Ramai antara rakyat Malaysia yang gemar bercucuk tanam, lebih-lebih lagi ‘mak-mak’ yang tinggal di kawasan luar bandar seperti kampung, kawasan Felda dan sebagainya.
Ada yang bercucuk tanam sebagai hobi untuk mengisi ruang masa lapang dan ada juga melakukan hal ini secara serius dan besar-besaran untuk bagi tujuan komersial.
Bercucuk tanam mempunyai banyak teknik yang boleh digunakan mengikut jenis tanaman itu sendiri. Hal ini supaya hasil tanaman tersebut mencapai kualiti yang terbaik untuk dipasarkan.
Menerusi akaun Twitter milik Sharizal Denci, dia kongsikan teknik penanaman ‘Dutch Bucket’ yang merupakan teknik penanaman fertigasi dan hidroponik untuk masa depan.
Ikuti perkongsiannya yang telah kami sertakan di bawah, semoga ia memberi manfaat kepada mereka yang ingin melakukan secara serius.
Teknik tanaman Dutch Bucket
Tahukah kamu apa itu tanaman teknik Dutch Bucket?. Ia adalah perkahwinan antara teknik fertigasi dan hidroponik. Ia adalah teknik masa depan. Ikuti penjelasan yang lebih terperinci.

Pertama sekali, air yang mengandungi nutrien akan menitis ke media netpot seperti fertigasi. Cuma air yang turun akan keluar semula melalui paip overflow dan mengalir ke pusat takungan. Dan air akan di pump semula keatas seperti hidroponik.
Kelebihannya, air nutrien tak dibazirkan seperti fertigasi. Ia juga tak perlu di pump 24 jam seperti hidroponik jadi ia jimat penggunaan elektrik.

Kami buat pakai baldi beli kat kedai Rm 2/baldi. Kami siram 4 kali sehari, setiap siraman 30 minit. Pokok kini dah besar. Kita kena berani cuba teknik baru kerana ambil foreign workers adalah mustahil bila ibukota Indonesia pindah ke kalimantan. Mereka mampu beri gaji lebih mahal.
Kalau ada sesiapa yang kenal orang-orang #MDEC, tolong install iot untuk kami.
Fertigasi walau ia membesar sehingga 12 kaki, tapi kos pembelian cocopeat sangat mahal. Kita kena import dari filipina yang kekadang kualitinya teruk. Dutch bucket tak pakai cocopeat yang banyak sebagai media.


Sumber: Shahrizal Denci (Twitter)