Siakap Keli
Ada 10 identiti berbeza
Gambar via Mirror

Lelaki Alami Masalah Mental Didiagnos Hidap DID, Miliki 10 Identiti Berbeza

Seorang lelaki di Munich, Jerman yang didiagnos mengalami masalah mental didakwa memiliki 10 jenis personaliti dan usia masing-masing yang berbeza, lapor Mirror.

Memetik Mirror, Leonard Stöckl mempunyai 1o personaliti yang berbeza iaitu Kovu, 4 tahun , Hektor, 8 tahun, Ana, 16 tahun , Cosmo, 17 tahun, Ash, 18 tahun, Jessy, 19 tahun, Leo, 21 tahun, Billy, 23 tahun, Liv, 24 tahun dan Red, 26 tahun. 

Leonard didiagnos mengalami masalah kesihatan mental Dissociate Identity Disorder (DID) yang jarang berlaku hingga melibatkan trauma yang teruk dari awal zaman kanak-kanak ‘mereka’.

Remaja berusia 22 tahun ini menjadikan dirinya ‘tuan rumah’ kepada sepuluh personaliti kolektifnya yang dianggap sebagai ‘sistem’. Identiti-identiti ini diibaratkan berkongsi badan dengan Leo dalam bentuk kesedaran yang berbeza-beza mengikut keadaan.

Difahamkan, pada awal usia remajanya, Leo dapat menguruskan aktiviti hariannya seperti biasa, namun keadaan bertukar lebih kronik ketika dia sedang menjalani ujian peperiksaan A-Level pada Jun tahun lalu.

Walaupun orang di sekeliling melihatnya seperti tidak ada masalah dalam pembelajaran, namun dia sebenarnya mengalami masalah hilang daya ingatan dan gagal fokus disebabkan oleh pertukaran personaliti.

Selepas tujuh tahun menjalani terapi, dia kini mula mencari pusat rawatan psikosomatik untuk mendapatkan bantuan supaya masalah kesihatan mentalnya yang didiagnosis sebagai DID lebih stabil dan terkawal.

Dimasukkan ke dalam wad selama enam minggu

Leo dimasukkan ke klinik pada Mac 2022 selama enam minggu dengan menjalani beberapa terapi daripada sesi biasa bersama dengan pakar psikiatri dan juga kaedah fizikal seperti QiGong, memanah dan terapi kesenian. Dia didiagnosis dua hari sebelum dibenarkan pulang pada 26 April 2022.

Sebaik sahaja didiagnosis, dia berada sedikit lega kerana akhirnya mengetahui ‘nama’ yang tepat tentang permasalahan yang dihadapi selama ini walaupun dia tahu perjalanan ceritanya dengan penyakit ini masih lagi panjang.

Ketika ditahan di wad, walaupun tidak dapat membantu masalahnya secara keseluruhan seperti yang diharapkan, namun mereka menyediakan rutin harian yang ‘hebat’ serta persekitaran yang selamat untuk memberi sokongan hidup bersama trauma yang dimilikinya.

Disebabkan simptom yang dialami agak serius, Leo kini tidak dapat bekerja kerana personalitinya akan kerap berubah. Setiap dari ‘mereka’ mempunyai keinginan yang berbeza, lantas menjadikannya mustahil untuk Leo menyelesaikan tugasan kerja yang diberikan.

Memandangkan dia tidak boleh keluar bersendirian dan tidak mampu bekerja, Leo kini membuka sebuah kedai di Etsy dengan menjual penanda buku buatan tangan dan juga beg jinjing (tote bag).

Sumber: Mirror

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.