Siakap Keli
Pegawai Polis Meninggal Dunia
Gambar via Polis Kuantan

Pegawai Polis Meninggal Dunia, Kanser Saraf Merebak Ke Hati

Seorang pegawai polis wanita yang bertugas di Kuantan, Pahang dilaporkan telah meninggal dunia pada 31 Mei hari ini sekitar jam 1.40 petang tadi.

Difahamkan, menurut laman Facebook rasmi Polis Kuantan, pegawai polis berkenaan meninggal dunia kerana menghidapi komplikasi kanser saraf.

“Dimaklumkan bahawa Sarjan RF 106972 Roslina binti Ismail, 52 tahun yang bertugas di Cawangan Stor Barang Kes Indera Mahkota, Kuantan Pahang telah kembali ke Rahmatullah pada 31 Mei 2022 jam lebih kurang 1:40 tengah hari akibat kanser saraf dan telah merebak ke hati,” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu bersama isteri, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Wan Rohani Wan Ishak mengucapkan takziah ke atas kematiannya.

“(Dalam masa sama) seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Kuantan mengucapkan salam takziah buat keluarga arwah dan mendoakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan bersama-sama golongan orang beriman,” tambah kenyataan itu lagi.

Sumber: Polis Kuantan

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.