Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial mengenai seorang isteri yang menghadiahkan sebuah motor kepada suaminya.
Difahamkan, berdasarkan situasi dalam video tersebut, motosikal yang dihadiahkan itu adalah bersempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Ia dihadiahkan bagi mengenang kembali kisah pahit manis, suka dan duka suatu ketika dahulu sehingga suaminya terpaksa menjual motosikalnya sendiri untuk berkahwin.
Video yang dimuat naik oleh ajakromeo di aplikasi TikTok itu memaparkan seorang wanita membawa pulang motosikal yang mahu dihadiahkan kepada suami tercinta di depan rumah.
Selepas suaminya melihat motor itu, riak wajahnya jelas menunjukkan rasa syukur. Ditambah lagi, lelaki kepada wanita itu cuba menaiki motosikal baru itu.
Dalam video itu, tertera kapsyen ringkas berbunyi, “Dulu nak kahwin tak cukup duit sampai jual motor. Hari ni wife dia hadiahkan balik motor untuk dia sempena ulang tahun perkahwinan,”
@ajakromeo untung bang dapat wife yang memahami 😊#ajakromeo #fyp #xyzbca #viraltiktok #rxz
Sementara itu, ajakromeo turut menulis di ruangan kapsyen, “Untung bang dapat wife yang memahami,”
Ramai netizen membanjiri ruangan komen dan menzahirkan rasa syukur dengan kebaikan yang ditonjolkan oleh isteri kepada lelaki berkenaan.
“Insyaallah kalau aku dapat laki yang tau hargai, macam nie jugak lah aku layan die oneday,” kata Siti Aisyah.
“Perempuan ni ada yang jenis macam ni la sekali hg bahagiakan dia. Dia akan ingat sampaikan berjuta kali dia pikiaq cara nak bahagiakan hang balik haha,” kata Najwaroslan.
“Bahagia orang lain-lain betul lah..,” tulis RemyEva.
Video itu telah berjaya meraih 625,000 tontonan dan 69 ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Sumber: Tiktok ajakromeo