Kuala LIPIS, 21 Mei 2022 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar terus mengiktiraf FELCRA Berhad dengan menyalurkan sejumlah RM59.64 juta peruntukan geran dalam Rancangan Malaysia ke 2 bagi melaksanakan Projek Ternakan Ayam Padaging Sistem Tertutup yang akan dilaksanakan di Tanjung Seratus, Kuala Rompin, Pahang.
YB. Timbalan Menteri 1, menyatakan bahawa projek ini telah ongoing dengan kerja-kerja kerja-kerja pembersihan tapak dan menyediakan jalan masuk. Seterusnnya, kerja-kerja pembinaan diijangka akan bermula pada Jun 2022. Beliau turut menambah bahawa proses pembinaan ini adalah merupakan tugasan yang rumit dengan pelbagai prosedur dan SOP yang perlu dipatuhi. Oleh itu, dijangkakan bahawa projek ini akan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2023.
Projek in akan merupakan idea strategik dan komitmen FELCRA Berhad untuk mengadaptasi pengalaman dan strategi untuk melaksanakan Projek Ternakan Ayam. Projek Mega Makanan Negara ini akan membuka 500 peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat .
Dijangkakan, penternakan mega ini akan berjaya menghasilkan 600 ribu ekor ayam per pusingan atau dalam setiap 35 hari.
YB. Timbalan Menteri 1 turut menyatakan bahawa kita sedia maklumkan bahawa bukan rakyat Malaysia sahaja bergantung kepada ayam sebagai sumber protein malahan keseluruhan rakyat dunia memang penggemar ayam serta kekurangan sumber bekalan ayam sering menjadi isu terutama ketika musim perayaan. Saya doakan semoga inisatif yang diambil oleh KPLB melalui FELCRA Berhad ini akan berjaya dan mampu menampung bekalan negara.