Siakap Keli
Sumber: SkyNews

Wanita Pecah Rekod Dunia, Hasilkan Kek Gergasi Seberat 80 Kilogram

Pernah tak terlintas di fikiran anda dan membayangkan kek gergasi di dunia dan kalau anda pernah bayangkan, bagaimanakah pula rupa dan bentuk kek tersebut? Jawapannya semestinya ada dan beginilah rupanya.

Ms Quinn telah mencipta sebiji kek gergasi seberat 80kg, Kek Jaffa bersempena dengan ulang tahun ke-15 Program Britain’s Got Talent. Sebagai perbandingan, kek gergasi itu adalah bersamaan dengan 6,557 Kek Jaffa bersaiz biasa dan mempunyai diameter sepanjang 175cm.

“Adalah satu keseronokan untuk bekerjasama dengan McVitie untuk mengalahkan rekod yang saya buat lima tahun lalu, ia sangat bagus untuk meraikan ulang tahun ke-15 Britain’s Got Talent dengan kek ikonik seperti itu.”

“Saya harap penonton yang menonton persembahan itu di separuh akhir secara langsung dapat menikmati kehadiran dan meraikan peserta tahun ini,” kata Quinn.

Quinn pernah memenangi The Great British Bake Off siri ke-4 pada tahun 2013, sekali gus memecahkan Rekod Dunia Guinnes miliknya sendiri pada 2017 dengan pencapaiannya itu.

Pembuat roti itu bekerjasama dengan pakar pembangunan produk Will McMath dan pasukan McVitie untuk mengendalikan proses penghasilan kek tersebut. Proses menyiapkan kek berkenaan dilapor menelan masa sehingga 11 jam.

Kek Jaffa telah dihidangkan kepada tetamu dan kru pada separuh akhir secara langsung Britain’s Got Talent di luar Eventim Apollo di Hammersmith, Barat London, dengan 300 hidangan.

David Titman, pengarah pemasaran McVitie’s, menjelaskan “Frances memukau kami pada 2013 di The Great British Bake Off, dan kami tidak sabar untuk bekerjasama dengannya sejak itu untuk mencipta semula Kek Jaffa besar yang menggunakan resipi McVitie kami yang terkenal tetapi masih dikekalkan rahsia. ”

Sumber: SkyNews

Nurul Nazihah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.