Siakap Keli
operasi halangan
Gambar Via Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban

17 Saman Dikeluarkan Dalam Operasi Halangan Di Jalan Temiang-Pantai

Pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Seremban dilaporkan telah menjalankan Operasi Halangan di Jalan Temiang-Pantai semalam.

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, operasi itu dijalankan bagi mengelakkan tindakan segelintir pengguna jalan raya yang berhenti di lorong kecemasan di sepanjang laluan tersebut yang boleh mengundang bahaya semua pihak.

“Tindakan memberhentikan kenderaan di bahu jalan atau lorong kecemasan boleh diambil tindakan di bawah Kaedah 50 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu ‘Larangan Terhadap Halangan’.

“Ia juga berdasarkan Kaedah 53 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959 iaitu ‘Lorong Kecemasan’ yang jelas tidak membenarkan mana-mana individu atau kenderaan berada di atas jalan yang boleh menghalang lalu lintas,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Tambah kenyataan itu lagi, pesalah boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana melakukan mudarat awam.

Malah, mana-mana pihak yang didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM2000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

“Dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, didenda tidak melebihi RM4000.

“Atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 12 bulan dan kedua-duanya,” katanya.

Difahamkan, sepanjang operasi ini dijalankan sebanyak 17 saman telah dikeluarkan.

Tindakan penguatkuasaan juga akan diteruskan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=5380149318703773&id=925469330838483

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan seorang penunggang motosikal menganggu jalan raya dan bertindak menghayunkan helmet miliknya.

Pihak polis dilaporkan sedang menjalankan siasatan untuk mengesan penunggang tersebut.

Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.