Polis Pattaya sedang memburu seorang wanita kerana dituduh membakar sebuah rumah didakwa milik perempuan simpanan suaminya di Pantai Jomtien, di Daerah Bang Lamung, Thailand.
Mangsa yang berusia 33 tahun berkata dia sedang tidur bersama dua anak perempuannya sebelum terdengar bunyi bising dan ternampak wanita itu membawa botol petrol di luar rumahnya di Jomtien Soi 3.
Dalam kejadian tersebut, suspek dikatakan memanggil nama suaminya. Walaupun lelaki itu tiada di dalam rumah, wanita itu tetap menuang minyak petrol ke rumah mangsa lalu membakarnya dan bergegas melarikan diri.
Mangsa dan anak-anaknya berjaya keluar melarikan diri tetapi anggota bomba tidak dapat menyelamatkan rumah kayu itu kerana disambar api yang marak.
Suspek berkata bahawa dia mengenali wanita itu kerana dia sering datang ke rumah mereka dan mengesyaki bahawa dia adalah kekasih suaminya.
Namun pada hari kejadian, lelaki itu tidak datang ke rumah mangsa sekaligus membuatkan suspek berang kerana tidak dapat mencari suaminya lalu bertindak membakar rumah mangsa.
Polis kini sedang menjalankan siasatan dan akan mendakwa suspek di mahkamah di atas perbuatan khianat.
Sumber: PattayaMail.com