Siakap Keli
gempa bumi china
Sumber: The Straits Times

Gempa Bumi Kuat Landa Wilayah Sichuan Di China

BEIJING (AFP) – Menurut laporan media kerajaan, gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala Ritcher telah melanda wilayah Sichuan di barat daya China pada hari Rabu, 1 Jun hari ini.

Difahamkan, gempa bumi tersebut telah melanda daerah Lushan, berhampiran bandar Yaan, pada jam 5 petang (0900 GMT). Memetik Pusat Rangkaian Gempa China, ia berada pada kedalaman sedalam 17 km.

Tambahan itu, dilaporkan pusat gempa terletak 113 km dari ibu kota Sichuan, Chengdu. Malah difahamkan, turut berlaku gegaran kedua bermagnitud 4.5 dikesan berlaku di Baoxing kira-kira tiga minit kemudian.

Mengikut laporan terkini, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CTTV), sekurang-kurangnya empat mangsa dilapor terkorban, manakala 14 lagi cedera akibat nahas itu.

Terdahulu, pada 2013, Yaan telah dilanda gempa bumi yang kuat sehingga membunuh lebih 100 orang malah, mencederakan ribuan.

Sumber: The Straits Time

 

Nurul Nazihah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.