Siakap Keli
hoki piala asia
Gambar: Facebook Malaysia Hockey Cofederation

Hoki Piala Asia: Malaysia Tewas Di Final, Tunduk 1-2 Kepada Korea Selatan

Malaysia terpaksa tunduk kepada gergasi hoki Asia, Korea Selatan dalam perlawanan akhir Hoki Piala Asia malam ini dengan kekalahan tipis 1-2.

Dalam perlawanan yang penuh debaran itu, corak permainan kedua-dua pihak berjalan lancar, namun dipercayai Korea Selatan lebih mengawal rapi rentak perlawanan.

Selepas 17 minit perlawanan berlangsung, akhirnya Korea Selatan berjaya membuka tirai jaringan merobek gol Malaysia menerusi pemain bernama Jung Manjae menerusi gol padang.

Skuad negara yang tersentak dengan gol Korea Selatan itu kemudiannya menggandakan asakan bertali arus.

Akhirnya gol yang dicari-cari hadir oleh Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan pada minit ke-25 juga menerusi gol padang pada suku kedua.

Jaringan penyamaan itu jelas menyemarakkan lagi semangat pemain negara dengan menampilkan beberapa serangan ke arah pintu gol Korea Selatan.

Bagaimanapun, ketangkasan penjaga gol Korea Selatan itu berjaya menafikan serangan-serangan berbahaya Malaysia termasuk beberapa pukulan sudut penalti (penalty corner).

Dalam ketika menyerang, Korea Selatan seterusnya menghukum pemain Malaysia dengan gol kedua mereka pada minit ke-52 di suku terakhir oleh pemain Hwang Taeil menerusi serangan balas.

Kedudukan 1-2 kekal hingga ke masa tamat. Kemenangan dicapai Korea Selatan tersebut sekaligus meranapkan impian Malaysia untuk melakar kemenangan sebagai juara Asia.

Gol kedua pasukan Korea Selatan itu sudah cukup memberikan kemenangan buat mereka untuk menjadi juara dalam Kejohanan Hoki Piala Asia edisi 2022 malam ini.

Sumber: Facebook Malaysia Hockey Cofederation

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.