Pelakon terkenal, Jasmin Hamid dilaporkan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) selepas mengalami serangan jantung semalam.
Perkara itu dimaklumkan oleh suaminya sendiri, Nazmir Abd Rahman menerusi perkongsian di Instagram @jasminhamidjh.
Menurutnya, tekanan darah dan degupan jantung Jasmin Hamid agak rendah dan doktor terpaksa memberikan bantuan ubat untuk mengepam darah ke jantung.
“Assalamualaikum semua, saya suami Jasmin nak beritahu keadaan terkini Jasmin.
“Sekarang beliau berada di dalam wad CCU, bukan ICU kerana serangan jantung semalam untuk pertama kali.
“Keluarga beliau ada sejarah penyakit jantung,” kata Nazmir menerusi perkongsian itu.
Beliau juga turut memohon kepada orang ramai agar mendoakan isterinya supaya kembali sihat semula.
“Pada yang sayangkan beliau, mohon panjatkan doa untuk Allah panjangkan usianya dan diberikan kesembuhan seperti sediakala secepat mungkin. Terima kasih,” ujarnya.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan pelakon itu termasuk rakan-rakan artis.
Sumber: jasminhamidjh