Siakap Keli
translate ayat dalam english
Gambar: TikTok thiyagu_b

Netizen Minta Abang Ni ‘Translate’ Ayat Dalam ‘English’, Tapi Isteri Dengar & Lain Pula Jadinya

Netizen terhibur suruh abang ini translate ayat dalam English, tapi lain pula jadinya seperti dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.

Setiap perkataan mempunyai maksudnya yang tersendiri dalam setiap bahasa. Begitulah nasib seorang influencer yang menukar perkataan dalam bahasa Melayu ke dalam Bahasa Inggeris.

Ia sememangnya membawa maksud yang betul namun di sebalik perkataan itu, tersimpan maksud tersirat kerana bunyinya membawa maksud lain dalam Bahasa Melayu.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh thiyagu_b di aplikasi TikTok, ia memaparkan aksinya yang cuba memenuhi permintaan netizen menerusi komen yang dipetik secara rawak.

Dalam video itu, tertulis satu komen daripada seorang netizen yang menyuruhnya untuk membaca perkataan ‘dua kereta adalah tiga’ dalam Bahasa Inggeris.

Abang ini secara selambanya menurut saja kehendak netizen tersebut. Dia pun menterjemahkan ayat itu kepada Bahasa Inggeris. Tapi, apa yang terjadi selepas itu sangat ‘menakutkan’.

Jom ikuti videonya ini.

@thiyagu_b

Reply to @tokuboyzzz Ko Org suka Kenakan i Pula Yeee !! #thiyagub #fyp

♬ original sound – thiyagu_b – thiyagu_b

Rupa-rupanya, ‘dua kereta adalah tiga’ setelah diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris menjadi ‘two car is three’ yang bunyinya amat menyamai ayat ‘tukar isteri’.

Malang sungguh nasibnya, ayat ‘tukar isteri’ itu didengari oleh isterinya sendiri. Tak pasal-pasal isterinya naik angin dan marah kerana fikir bahawa dia mahu tukar isteri betul-betul.

Video itu tular dan telah ditonton lebih 2.4 juta kali tontonan dan lebih 194,000 tanda suka daripada pengguna TikTok setakat artikel ini ditulis.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat lelaki itu yang dimarahi oleh isterinya. Berikut di bawah adalah antara komen netizen yang menghiburkan.

“Amek kauuu hahahhaa,” kata Dr Sandra Raman MD.

“Habislah bang..tidur kat planet Marikh la,” tulis hafizahomar.

“Bangg. kalau gaduh ngan isteri auto cakap Melayu ke? hahahahahaha,” kata ciktan.

Itu antara komen yang ditulis dalam ruangan komen video itu.

Sumber: TikTok thiyagu_b

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.